Azam tahun 2012.

Assalamualaikum peeps :). Sehat ke korang ?. Harini nak ceria sikit sebab nak ceritakan tentang azam ni. Hehe !.. Since 1 January is my birthdate. I want to make my resolution list. Tak sabar nye nak taip. Before aku taip nih. Aku nak mintak maaf dengan korang semua yang setia meng-follow aku dan meng-view lubuk puaka AKA blog sampah aku nih. Alhamdulillah. Baek hati korang follow aku. Moga Allah membalas segala kebaikan korang. Aminn..

1-  I want to be more closer with Allah. I know. Since I am alive. There's too many sin that I did. Aku lalai selama ni. Freehair ?. And now I am wearing hijab. But sometimes I am not. Dulu aku suka pakai baju singkat singkat. Yelah. Orang baru kuruskan ?. Tapi now. I was changed. Aku dah tak pakai baju baju tuh. Aku malu. Seorang Islam menayang badannya. From now, aku cintakan baju labuh aku dah jarang nak menayang badan. Aku gemok lahh sekarang ni. Hehhe !. So 2012 ni ialah pembuka ataupun tahun yang sangat bermakna untuk aku dekatkan diri aku dengan Allah. Insyaallah. 


2- Punctuality means tepati masa. 2011 was such a bad memory for me. I am always got late to school. Dan aku kena denda cuci tandas beb. Seriously, malu sangat tapi padanlah dengan sikap aku yang tak tepati masa kan ?. Tak gitu. So 2012, aku janji dengan diri aku. Yang aku akan sentiasa menepati masa. :)


3- My lovely schedule book. Aku kena susun schedule aku seperti sebelum ni. Aku akan atur masa aku dengan lebih cekap dan takkan miss kelas or whatsoever. Insyaallah. Time to study, time to hang out, time to play, time to marching, time to finish out my homework, time to eat, time to solat and whatever. Kena tekun dengan masa yang akan aku lalui nanti. That's why I wanna be a punctual person. :)
4- Discipline. Hehehh !. Aku ni seorang yang sangat tak berdisiplin. Pergi sekolah tak pakai stoking lah. Homework tak siap. That's why lah aku selalu kena dengan PKHEM. :). But now. Aku akan berubah. Insyaallah. 



5- Hard work or struggling. Even 2012 I am 16 years old, but there's no reason I wanna get succeed in my SPM soon. So I must study hard from now. Always finished my homework..


6- Generous person. Okey. Aku seorang yang boros. Tak boleh tengok duet. Asik nak keluarkan. Dan sekarang aku tengah pokai. Sangat sangat perlukan duet. Since the money problem, aku ambil ikhtibar untuk menjadi seorang yang pemurah untuk menderma ke tabung simpanan aku. :). Aku dah plan nak beli mp3 or mp4 sebab kalo aku study. Aku wajib dengar music baru masuk katanya. So hope my plan menjadi. 



7- Healthy life. Tahun 2012 ni aku terbuka hati nak menjaga kesihatan melalui pemakanan. So aku rase macam that's the time untuk jaga badan. Aku stail badan cepat chubby. Kalo chubby sikit mulalah monyok lepas tu kurus cengkuk and then makan balik. Dan lepastu gemok balik. Aku sangat sangat bosan untuk menghadapi semua tu. So. Aku nak mengamalkan cara makan macam orang Korea. Tak kesah korang nak cakap aku bajet ke terikut ikut dengan social orang sana. Ikot suke korang. But. Aku tengok orang Korea mengamalkan cara pemakanan yang sehat :). Meh aku share sikit. 



Breakfast : Diorang akan makan cereal atau roti dan susu.
Recess time : Diorang just makan roti kosong je. Dan susu. Diorang sangat jarang minum ais
Evening : Makan sayuran, nasi, buah, makanan yang direbus dan dipanggang sahaja. No more goreng (makan berat sikit).
Dinner : Minum air dan roti sahaja.
Activities : Diorang banyak menari,jogging,skipping,hard-studying,yoga,cycling,walking.


FIN !!


Entry penuh keikhlasan.

Assalamualaikum. Harini tak ceria macam selalu sebab harini nak taip something can make me tears. You know what ?. Selama ni aku menahan airmata supaya tidak jatuh. Aku berusaha menjadi seorang yang quiet tabah. Bila aku tengok orang nangis aku buat muka bodoh sebab aku taknak terpengaruh dengan hasutan kesedihan tu. I want my life being happy. But now. Nope. I am not. Orang tetua cakap "bersusah dahulu, bersenang kemudian". Yes !. Dulu aku tak percaya tentang perumpamaan macam tu. Sekarang. Yess !. I believe it. Tak boleh lagi nak bersenang lenang. Must work hard if you want to be a great person. Even this world will explode one day (KIAMAT). We must go through our life.



22/12/2011. The day that make me happy. Even I am not get flying colours. But Alhamdulllah, I'm not failed in my PMR. Bersyukur sangat sangat. Result lebih daripada cukup makan. Dari 9 subjects aku dapat genggam A,B,C je. Okey what ?. I am not genius at all. Just in the middle level. But until now I can see my parents tearing that's mean I were disappointed them. I regret about that. From now. I make one "azam". Kalo aku dapat aliran sains tulen. I will work hard as I can. Alhamdulillah. Allah letak aku untuk dapat Mathematics and Science B. Bersyukur sangat. :).

Today 30/12/2011. My parents tears at downstairs. I can hear that. Aku menahan sebak je. Aku taknak nangis dan aku nak jadik kuat. Taknak mengalah. My family was oppressed which is mean "teraniaya". I never believe it. Orang nak menganiaya keluarga aku ?. Korang cube bayangkan ape yang aku rase ?. Diorang nak my parents jatuh bankrup. Such damn !!. Gune bomoh siam ?. Ya Allah. Aku tahu kau nak kami semua bersabar. Menegakkan keimanan. Alhamdulillah. Inilah masanya aku menjadi seorang hamba yang taat dengan Mu. But kadang kadang aku terfikir what about all my siblings ?. My young brother ?. My young sister ?. My little sister ?. She was only 3 years old. Apa akan terjadi dengan masa depan diorang. Aku sebagai anak sulong. Of course memikirkan tentang masa depan adik adik dan ibu bapa aku ?. Kami sekarang ni umpama ikat perut. Aku terfikir jugak once aku nak kerja. But aku still under age kan ?. There's many people accused us, menghina, mengutuk dan bermacam macam lagi. Kadang kadang aku rase macam give up. Takde semangat nak belajar. But. Aku kan kuat ?. Hahha !. Aku kena bangkitkan semangat aku. You see what ?. If someone tu dapat pangkat Datuk pon?. Boleh jatuh bankrup sebab teraniaya. Apatah lagi kami ni. Sekaya mana orang tu kan. Allah akan menguji kita. Kalo sekarang kita kaya, makan sedap sedap, bawak kereta Mercs. Nanti nanti kita miskin, makan tak sedap tak sedap, bawak kereta sorong kan ?. Okey what kereta sorong ?. Kereta jugak kan ?. I am joking yeah ?. Hahha !

I love my parents. I love my family. I love myself. Apa aku harus buat ?. Hanya bersabar kan you alls. :). And now aku tengah tahan sebak. I need someone. I need to express my feeling. If kawan kawan baik aku ade di sebelah dah lama aku basahkan baju diorang dengan airmata aku. But. No. Aku kan kuat ?. :). No tears lahh :D. I smile now. Ape yang aku tengah buat sekarang ialah :-

mandi hujan not mandi peluh..

I'm sorry because I am telling a personal problem in this blog. But I must express it. Sorry all my readers. I am just typing what I am feel.


FIN !!

Rutin diet - Day 1

Assalamualaikum. 7.43 pagi :). Segar gila udara pepagi ceni. Rase macam melayang jauh ke angkasa je. Yelah 2012 akan datang dan 2011 akan berakhir kan ?. Jangan lupa 1 Januari ni my birthdayy !!!. Cepat gila masa berjalan sekarang ni kan ?. Stop membebel. Harini aku terasa macam bahang lemak terlalu memenuhi si perut aku yang bernama Tommy, si paha aku yang bernama Thighy dan si lengan aku bernama Army?. Erghh !. Asal pelik nama ?. Hehhe !. Harini jugak aku tekad nak mulakan rutin diet aku seperti dahulu. Dahulu kala haa. Kawan kawan wa cakap wa manyak slim woo. Tapi ha sikalang wa sudah demokkk woo. Haiyooo wa manyak susah hati maa. Amacam mau buat ?. Waa kena la diet. Itu lutin diet. Haiyaaa manyak susah mau cakap. Waa tulis sajala.

Im gonna like this. Poping like this. Gonna be a pretty girl. Yeahh !!
Sebelum aku taipkan menu diet aku untuk harini. Aku nak warning korang. Diet yang aku ikut ni agak menyeksa diri korang. Tapi at last berkesan. Aku ni jenis diet tak makan nasi langsung. Tahun 2010 dulu. Aku punye lah stress kengkawan cakap aku gemok. So aku tekad nak kuruskan badan. Aku tak makan nasi selama 2 bulan. Kalo korang boleh ke tak makan nasi ?. Rase boleh kot. Korang kena rajin psiko otak korang supaya fikir yang makanan tu boleh bawakkan penyakit berbahaya. Oleh itu, korang akan automatic menjadi seorang yang *taraaa !! kurus.

Menu Diet 28/12/2011

Pagi :
~ Air Teh yang dibancuh dengan sedikit gula. (for sure aku letak 1 sudu besar je gula, selalunya letak 3 sudu besar tapi bancuh air teh tanpa gula lagi bagos sebab rase dia jadi macam teh hijau jepun. sedapp !!)

Tengahari :
~ 1 mangkuk sup sayur campur macam resepi ni
~ 2 gelas air kosong

Malam (before 7pm) :
~ Roti sekeping yang dibakar tanpa disapu butter or whatsoever. Makan kosong je.
~ Air milo / susu / kosong

Aktiviti sampingan :
~ Memasak dan kemas dapur
~ Skipping 200 lompatan
~ Berkebun or bersihkan semak di depan rumah


WARNING :- Kalo terlalu lapar minum banyak air. Secara fakta, manusia kalau tidak makan selama 2 bulan tidak mengapa tetapi air sangat diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah. Air jugak akan menyahkan toksik yang terkandung di dalam badan.

Maaf diet aku menyeksa badan tapi itulah cara aku ber-diet. Any comment just drop it at the comment box. One more. If all of you want to diet with healthy way. In the morning you must eat like a Princess, at the evening you must eat like a Vegeterian and at night you must eat like a beggar. That's my concept and I hope that I can focus throughly the motto.

FIN !!

Resepi : Pizza marvellouss

Assalamualaikum semua. Harini hari yang paling berbahagia. Tak sangka nenek aku rajin nak buat pizza. Aku pon ape lagi. HOKEYYY je lah. Dalam pukul 9 pagi gitu. Nenek aku yang masih bergetah *wuhuuu ! tu pegi Superstore. Die dengan adek aku gi beli bahan bahan. Aku dekat rumah ni asik menghadap game GTA VC (Grant Theft Auto Vice City). Kemain. Perempuan berjiwa jantan. Fuhhh !. Alhamdulillah. Dah habes semua level. Penat gile player dalam game tu lari dari polis polis yang bangang tuh. 


Resepi hari ni aku nak bagi name Pizza Marvellous. Kenapa ?. Sebab sedap dari PIZZA HUT dooo. Bukan nak bangga. Tapi serious bahh. Korang yang tengah bace entry nih. Stop kejap pegi ambek kertas and pensil. Salin lah kalo rajen.



Bahan doh :-
* 1 kg tepung gandum
* 1 sachet/peket yeast mauripan
* Oregano atau 6 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) - aku gune bawang putih sebab oregano takdek.
* Secubit garam
* Air secukupnya
Bahan sos :-
* 2 cawan sos cili
* 2 cawan sos tomato
* 1 1/2 tsb gula
* 3 sudu besar air
Bahan inti :-
* 500 gram daging kisar (pastikan ade tanda halal)
* 1 sachet/peket serbuk kari daging
* 1 cawan mix vegetables / sayur campuran
* 3 biji bawang besar (potong kuib)
* 3 biji ubi kentang (potong kiub)
* 1 cawan air
* Garam, gula dan perasa
Bahan sampingan :-
* Sausage (dihiris halus)- (pastikan ade tanda halal)
* Cendawan butang (dihiris halus)- (pastikan ade tanda halal)
* Mayonis
* Cheese


Cara-cara :-
* Masukkan semua bahan doh dalam mangkuk besar. Uli sehingga tidak melekat di jejari. Bentukkan seperti bola kecik. Perap selama 1 jam. ASINGKAN.
* Masukkan semua bahan sos dalam periuk kecil. Kacau sehingga ia pekat dengan api kecil. ASINGKAN.
* Sediakan bahan inti. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau sehingga masak. Tuangkan air. Kacau rata. Masukkan serbuk kari, ubi kentang dan mix vegetables. Kacau lagi. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Dan biarkan sehingga ia kering. ASINGKAN.
* Setelah siap semua bahan. Korang ambil doh tadi. Tempekkan dekat loyang jadi leper. 
* Dah siap tempek, korang sapu sos.
* Lepas tu, korang letakkan inti, sausage, cendawan, mayonis and cheese. Decorate lah korang punye pizza ikot citarasa korang.
* Dah siap decorate pizza korang, masukkan dalam oven. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
* Dah masak ?. Melantak lahhh !. :D


AWAS : Kalau korang gune bawang putih dalam doh korang. Automatically, punggung korang asyik nak keluarkan angin. Amat bagos untuk kesihatan :)


FIN !!

Demam KPOP. Rindunye :)

Assalamualaikum. Harini tetibe jek teringat kan pakwe aku :). Aku dah berpunya. Sorry tipu. Hehhe !. Tapi berpunya di alam khayalan jek. Realiti takdek pon. Saje nak gedik dengan retiss KPOP. Tengah demam KPOP ni wehh !. Tulunnnn !!

Korang kenal tak kumpulan 2PM ?. Fuhlamakk. Diorang sume cute cute. Aku mula jatuh cinta dengan sorang mamat KPOP nih waktu mula mula dengar lagu ni :-




Serious sentap. Hensem doo mamat yang pakai jaket merah tuh. Yang mane ?. Alahh !. Yang memula nyanyi tuh :). HEHE !. Tumpang lalu. Nak gedik sebentar. Korang usha gambar gambar die :D. Auwww !











~ Name : Hwang Chansung
Nickname : Perry, Pwang-ga (Cold), Hwang General, Old Maknae
Company : JYP Entertainment
Position in 2PM : Rapper, Sub Vocal & Dancer
Specialty : Vocal/Dance/Taekwondo
DOB : Febuary 11, 1990
Height : 184 cm
Weight : 75 kg
Blood Type : B
Education : Howon University
Religion : Buddhist
About Girl : A girl who's eyes are nice (like nice personality)
Hobbies : Playing Games, Sport and Listening Music.
Shows : MBC Unstoppable High Kick (2007), KBS Jungle Fish (2008), Mnet Hot Blood (2008), MBC Idol Army (2008-2009), Mnet It's Time 2PM (2009), MBC Introducing Star's Friend (2009)


Mesti korang tanye ?. Asal lah aku minat mamat korea ?. Ehh !. Tunggu. Aku minat hidung diorang :D. Peace !!.


FIN !!




Tips : Rahsia Untuk Hidup Indah

Assalamualaikum. Harini speechless. Gamam dapat result khamis haritu. :). Bagi tips je. Watch out !!



1. CINTA 


Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa. Jangan nak menggatl cintakan pakwe or makwe pulak. Kang melarat. tak boleh hidup tenang asyik sakit hati jek. Betol tak?

2. RESPECT 


Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it. Kalo dah kita ni jadi orang yang berada jangan nak menghina. Must respect each other. Berdosa tau. 

3. BERSYUKUR 


Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur. Khamis haritu aku ambil result PMR. Alhamdulillah. Keputusan aku okey. Tak gagal. Mak nak pesan sikit dekat ex-candidate PMR macam mak ni . Kalo dah gagal ke keputusan tak cemerlang ke. Jangan pulak nak marah marah. Just redha. Dan usaha lagi untuk SPM. Betol tak ?

4. BAHAGIA 


Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah. If someone that always being sad. Please smile. InsyaAllah. Kita akan tenang :)

5. FORGIVENESS 


Banyak orang stress gara-gara tak boleh memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan. Yes !. Memang. Tapi kan aku dulu sangat sangat pemarah. Taksuka tengok orang buat silap langsong. Serious asyik maki je. Yelah kecik lagi waktu tu. Sekarang dah tue dah. So. Kena lah ubah attitude sikit kan ?.

6. BERBAGI 


Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya. hidup kita ni kena saling berbagi. Tak boleh asyik nak menang je. Ni lagi satu, bebudak zaman sekarang ni asyik nak menang je. Curi pakwe sikit. Gadoh. Tarik tudung lah. Tarik rambut lah. Eh !. Memalukan orang melayu ahh !. Apa salahnya share pakwe bukan suami kau kan ?. Hehe. Jangan marah..

7. KEJUJURAN 


Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan. There's nobody perfect. But there's no reason to be a perfect person. Kan ?. Belajar lah menjadi jujur. Aku sendiri pon kekadang tak jujur. Tapi aku sebagai manusia yang kerdil di sisi Allah perlu belajar menjadi seorang yang jujur. :)

8. KETULUSAN 


Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap. Kalo dah buat baik nak ungkit ungkit ape cer doo ?. Kan ?.

9. KEPEKAAN 


Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita boleh merasakan sedih dan senang, boleh memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka. So. Kita semua harus peka dengan kehidupan kita.

10. KEDAMAIAN 


Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Solat itu tiang agama. Kalo nak kedamaian dalam kehidupan.  Solatlah sebelom kita semua disolatkan.  

Taiko di-tag. Aloyaii !

Assalamualaikum. Hari ni hari first aku di-tag oleh blogger yang cute miut iaitu blogger Syamimi Sufyan. Thanks tag noh. Pecah kepale aku nak fikir jawapan. Naseblah bagi soalan senang. Ahakss !. Gedik nye nak jawab kan ?. Sebelom nak jawab aku nak kongsi dengan korang rules or terms for joining on tagging a blogger :-

Click kalo tak nampak.
Soalannya :-

  1. Sekolah mana ?
  2. Dok kt mana ?
  3. Ada gf/bf dakk ?
  4. Suka main apa ?
  5. Hampa rasa hmpa segak dakk ?
  6. Hampa syng kwn hmpa dakk ?pasaipa ?
  7. Ada binatang peliharaan tk ?apadea =,=?
  8. Ada bantai busukk dakk ?
  9. Ada bapa adek beradik ?
  10. Suka baca novel ka dakk ?awt ?
  11. Hampa syng family hmpa dak ?

Jawapannya :-
  1. SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar, Kedah (nak cari aku datang sini)
  2. Alor Setar, Kedah (pindah sini)
  3. Single and unavailable. Takde hati dah dengan lelaki. Focus study. Tunggu masok U nanti. Mak aii !
  4. Main ?. Errr !. Kalo sukan, aku suke badminton, bola baling, bola tampar dan polis ten-tree.
  5. Kami rasa kami tak segak mana pon. Taktau nak habiaqq !!. No body perfect yea ?
  6. Bukan kawan but kawan sejati. Of course sayang. Sebab diorang salu ade di sisi aku. Kalo takde diorang aku boleh gila.
  7. Ada. Kucing ala ala parsi warna oren. Nak tau nama dak ?. Nama kucing kami Adek. Hehe ! (slang Kedah)
  8. Haha !. Takde buat mase sekarang ni.
  9. Empat orang. Three girls and one boys.
  10. Of course. Bace novel boleh bagi aku dapat A dalam Malay Essay.
  11. Sape tak sayang family memang orang tuh gila. :)

Dah dijawab yea cik Syamimi Sufyan. Sekarang aku pon nak gedikkan jari aku untuk tag orang. Hahaha !. Let's begin...

Soalan aku :-
  1. Nama panggilan korang ?
  2. Hobi korang yang paling tak senonoh ? (HAHA !)
  3. Sehari makan berape kali ?
  4. Kenal dunia ber-blogging waktu umur berape ?
  5. Ape kelebihan korang ? (cecite)
  6. Suke masak ke suke makan ?
  7. Pernah tak kawan korang jadi backstabber (tikam belakang) ?. (nyatakan nama kalo berani, tak berani tak payah)
  8. Benda ape yang korang idamkan tapi tak dapat lagi sampai sekarang ?
  9. Kalo korang clash dengan bf/gf korang. Korang buat ape ?. Toreh tangan ?. Makan bebanyak ?. Nyatakan.
  10. Cita-cita korang ?
  11. Patot tak AinunDoo ataupun taiko blog "Girl Talk" buat giveaway ?. Hadiah lumayan woo !. Jawab jawab.

Cukuplah sebelas soalan. So aku tag :-


Pesanan :- Even aku tag orang yang aku tak kenal. Aku harap diorang tak sombong :). Thanks

First giveaway by Ainun. (Sempena Hari Lahir Taiko Blog)

Assalamualaikum semua. Harini nak story sikit pasal niat baek aku dengan korang semua. Aku nak buat giveaway jugak. Asik blogger yang laen je buat. Aku pon nak. So. Aku nak buat short advertisement dulu. Kalo korang nak join baru aku buat. So drop out your comment okey. Kalo banyak feedback baru aku buat.

Wahai followers. Detik yang di tunggu tunggu oleh aku. Sekian lama nak buat giveaway akhirnya terbuka hati nak iklankan. Sememangnya giveaway semua orang nak hadiah yang lumayan kan ?. So aku nak bagi clue dengan korang. Hadiah yang aku bagi dekat korang ni special sikit. Bukan barang bukan selendang bukan novel. Tapi... Hehe !. Rahsia.

Entry ni sebenarnye nak kan feedback dari korang. Kalo ramai yang nak join. Baru aku beritahu korang. Need feedback. Drop your comment :)







Resepi : Sup sayur campur.

Assalamualaikum. Hari ni kempunan nak makan sup sayur campur. Sedap gila aku masak. :). Bukan ape. Aku rase diri aku ni makin lama makin menaik. Banyak sangat makan benda berlemak kan. So hari ni terbuka hati nak melantak sup sayur. Jadi aku dengan terbuka hatinya nak kongsi jugak lah resepi dengan korang. Sesape yang bosan lepas dapat je resepi. Try gi masak. Kompom sedap. Hahha ! Sorry. Aku tak snap pic sayur tu pon sebab battery kong.

source : google
Bahan-bahan :-

* 3 atau 4 gelas air
* 1 batang lobak merah (ikot korang nak potong cane)
* 1 biji brokoli (ikut korang)
* 5 biji kacang peas (ikot korang nak potong cane)
* 2 rumpun/pokok sayur sawi comel comel (ikot korang nak potong cane)
* 10 biji bebola ikan (dipotong dua)
* 2 batang kek ikan (dipotong kecil-kecil)
* 1 sudu besar sos tiram
* Garam
* Serbuk pasti sedap sikit


Cara-cara :-

* Sediakan semua bahan. Basuh sehingga bersih.
* Panaskan air dalam periuk dengan api sederhana.
* Rebus lobak merah dan brokoli dahulu sebab lambat empuk. Tunggu selama 7 minit.
* Masukkan sawi dan kacang peas. Kacau dan tunggu 2 minit.
* Masukkan bebola ikan dan kek ikan. Kacau lagi dan tunggu 1 minit.
* Akhir sekali, masukkan sos tiram,garam dan serbuk pasti sedap. Kalo dah menepati citarasa korang. Tutup api dan melantak lah.


Simple bukan ?. For sure, jenis sayur terletak atas citarasa korang. Korang boleh tukar tukar je. SELAMAT MENCUBA !!


FIN !!

Aloyaii apek. Amoii nak....

Assalamualaikum semua. Sehat ?. Hahha !. Tajok kemain mengancam. Sebenarnye takde mengancam mane pon. Saje nak story dekat korang. Tadi kan dalam pukul 9 malam kan. Aku dapat private message from my friend. Actually I miss her so much. Nyomnyom !!. Die send message yang boleh membuatkan aku berkurung dalam jamban sebulan. Ade ke patot. Aku tengah syiok melantak depan tv die boleh send message pasal keputusan PMR. Woii !. Aku tak sempat nak enjoy dengan my lovely Roti Kok dan teh tarik buatan sendiri yang pahit nak mampos.

Belilah roti kok di kedai runcit berdekatan sebelom habes.

Sebenarnye dari minggu lepas lagi aku dah macam cacing nak beranak. Minggu ni pulak relax kejap je. Dah dapat message member aku yang terlebih rajin sorang ni, terus jadi macam kucing kepanasan. Meronta ronta ja macam lemas dekat longkang tepi rumah. Aku nak relaxxz wehh !. Asal ko send message cemtu dekat aku ?. Potong line lah.

Hari ni hari Ahad 18/12/2011 dah. Arghhh !. Esok 19/12/2011 ade agenda. Agenda ape ?. Esok emak saudara aku yang cantik tu nak kahwen. Ape lagi agenda aku kalo tak melantak nasi minyak catering tuh ?. Kempunan giloss tau tak. Tak sabar nak meng-andam lepas tuh jalan ala ala diva pergi ceremony tu. Adoii !. Dapat aku bayangkan yang mamat mamat catering tu tak usha aku sebab aku terlampau cantek. Ahaksss !. Tak sabar nye. Isyaallah aku update dengan gambar gambar kahwen my aunt esok :).

Berbalik kepada asal, sekarang ni dah kecoh dekat FB. "Weh, keputusan PMR keluar 22/12/2011 ni lah", "Weh, aku nak lari pergi Somalia, takotnye nak ambek result exam". Korang kecoh lah sampai nak mati pon. Keluar tu keluar jugak. Ade lagi 4 hari aku nak hindarkan stress. Please no stress Ainun. Just berdoa. Insyaallah.



For ex-PMR student yang nak ambil keputusan hari Khamis ni. Banyak banyakkan berdoa. Insyaallah. Allah Maha Mendengar. Segala apa yang kita dapat perlu diterima dengan hati yang terbuka. 

 Maaf entry ini hanyalah sekadar luahan perasaan dari taiko blog. Maaf lagi sekali.

Keputusan PMR keluar sama ada pada 22/12/2011 atau 23/12/2011. Sebarang pindaan akan dimaklumkan. Harap maklum.



FIN !!

Resepi : Kek batik biskut marie

Assalamualaikum semua. Hari ni bosan sangat. Taktahu nak buat ape. Usha almari ade biskut marie. Usha peti sejuk ade air milo sejuk. Nyomnyom biskut marie depan tv tengok cite Detective Conan sambil teguk air milo sejuk.

Dah bosan. Aku rase gatal tangan. Orang tetua cakap kalo kite gatal tangan kita nak dapat duet. Tapi tak. Aku punya genetik lain. Kalo gatal tangan kerjanya nak memasak lah. Aku usha lagi biskut marie tu. Lagi aku usha lagi mendalam firasat aku kempunan nak makan kek batik biskut marie. Aku bangun lari 5 meter ke dapur. Sediakan bahan bahan nak buat. Ini dia resepinya :-




KEK BATIK BISKUT MARIE


Bahan-bahan :-
* 250 gram buttercup
* 2 biji telur
* 500 gram biskut marie (patah-patahkan menjadi kecil)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan serbuk milo
* 1 cawan serbuk nestum perasa madu
* 1 sachet/ packet nescafe 3 in 1
* Sedikit air

Cara-cara :-
* Sediakan periuk bersaiz sederhana. Bukak api perlahan.
* Cairkan buttercup tadi. Setelah cair, masukkan telur dan kacau selama 1 minit (jangan bagi die  jadi telur goreng pulak)
* Cepat cepat korang masokkan susu pekat, kacau sebentar dan masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan air. Sedikit sahaja.
* Lepastu, korang maen campak je serbuk milo, nestum dan nescafe.
* Last sekali korang campak terus biskut marie yang dah dipatah patah kan tuh dan kacau sebati.
* Dah sebati tu korang terus taruk atas loyang dan biarkan kek tu keras dalam frezzer.


Sebelum korang nak taruk dalam loyang. Korang rase dulu manis ke tak. Korang tengok dulu pekat ke tak ?. For sure. Kalo nak die lembut. Korang letak air lebih sikit je. Jangan terlalu banyak. Kang lembik je. 

Kalo korang dah terlalu kempunan nak makan korang biarkan dulu kek tuh bernafas dalam 20 minit dalam frezzer. Jangan maen makan je. Kek tu pon nak hidup. :) SELAMAT MENCUBA !!


FIN !!

Perempuan makin tua makin sangsi, lelaki makin tua makin ranggi.

Assalamualaikum. Sehari sudah aku tak hapdet blog ni. Naseb tak bersarang. New design ahakss !.

Sebelum aku mulakan entry aku nak ucapkan terima kaseh bebanyak dekat designer header dengan blog aku iaitu CikBee yang putih melepak dan sporting header designer. Terima kasih banyak banyak. Tak terhingga. Kalo korang nak tempah design blog. Sila terjah blog CikBee.

Okey mari mulakan. Ape yang kecoh kecoh ni ha ?. Tak. Sebenarnye sekarang ni aku dapat lihat kefakta-an tentang manusia zaman sekarang. Si perempuan ni semakin tua semakin sangsi, lelaki pulak semakin tua semakin ranggi. Bukan niat nak ngutuk tapi nak cerita. Bace sampai habes dulu. Aloii yaa.

Perempuan :-
Kenapa semakin tua mereka semakin sangsi ?. Kenapa ?. Dah lama aku selidik hal ni. Sekarang baru aku dapat jawapan. Perempuan zaman sekarang ni kebanyakannya terlalu obses dengan kecantikan. Bukan diorang saje aku pon same. Kalo dah nak tua sikit mula lah nak merungut " Weh muka aku kedut lah macam langsat basi je. Alohh. Taknak hiduplah ceni " lepastu buat muka macam orang somalia yang kebuluran tu. Hahha !. Perempuan ni mereka terlalu ambil kesah tentang kehidupan seharian mereka tambah lagi masa depan. Macam aku jugak. Lagi satu. Kalau mereka dah mendirikan rumah tangga, aku tengok si isteri je lah kena buli dengan si suami. Buat kerja tu buat kerja ni. Yes !. Memang itu tanggungjawab si isteri tetapi si suami boleh kan ringankan beban si isteri. Nak ke tengok isteri tercinta tidur 10 hari tak bangun bangun sebab letih ?. Nak ke ?. Bila si isteri melahirkan anak. Si suami ni tidur krohh krehh krohh krehh dekat sebelah yang si isteri pulak macam orang tengah hidu gam. Tersengguk sengguk. Sian kan. Fakta mengatakan lagi meningkat umur mereka lagi cepat mereka tua. Sebab tu lah perempuan ni cepat matang dari lelaki kan ?. Ye tak ?

Lelaki :-
Nak dibandingkan dengan perempuan. Lelaki ni sukakan aktiviti luar. Busy sikit tidur office. Bosan sikit keluar pegi lepak warung dengan member. Kalo yang kaya sikit. Pegi cafe yang same level. Tak mainlah minum teh tarik 80 sen segelas. Diorang minum teh tarik 5 ringgit segelas. Baru standard. Haha !. Fakta mengatakan lelaki ni lambat matang dari perempuan. Yes !. Memang betul. Bukan nak ngutuk tapi betul. Meh aku buktikan. Contoh jiran aku. Hahha !. Umur dah masok nak masok 18 tahun tapi asyik merempit wheelie lagi. Tak matang !!. Tak fikir ke nak mampos ?. Adoii !. Aku taknak jadi macam tu. Takot lah. Tak sempat mengucap kang. Huu taknak. Korang cuba bayangkan aku yang 15 tahun ni boleh fikir nak mampos bukan dia yang fikir. Tah bile nak matang budak tuh. Lagi satu lelaki lah kan tak kire tua ka muda. Same je. Tabiat diorang bila awek cun lalu je kan. Wajib nih "chirppp chirpp". Bunyi ape ?. Bunyi tikuss !! (sorry tak pandai eja perkataan bodoh tu). Die tak fikir dah si isteri yang dekat rumah, anak anak dekat rumah. Aku kalo dengar bunyi tu automatic kilas leher pandang kiri kanan. Nak sembur ridsect dekat tikus. Last last bile toleh je orang tua janggut tak cukur. Euwww !. Sorry. That's what I call "lelaki makin tua makin ranggi"




Entry ini hanya berdasarkan pengalaman taiko blog ini bukan saje nak ngutuk. That's the fact. Maaf jika taiko blog menggunakan kekasaran bahasa dalam entry di atas. Ampun maaf dipinta. 

Jika sebarang ketidakpuasan ataupun sebarang cadangan. Korang boleh luahkan di comment box :)


FIN !! 

Blogger yang gila duet sial. Usha !!

Assalamualaikum. Harini nak serious sikit. Aku gila duet. Serious. Aku gila. Hahha !. Korang tahukan pasal Nuffnang, Churp churp and Heartbeat. Semua tu bukan calang calang perkataan. Tapi calang calang perkataan yang membawa duet. Calang calang yang membawa duet. (apa kau cakap weh !). Hari ni jugak aku nak ajar korang register Heartbeat seperti yang aku tulis dalam entry yang lalu. Tapi harini aku nak ajar korang sendiri cara cara register atau daftar sebagai ahli Heartbeat. I will teach you step by step. Sebelum itu aku nak over advise korang dulu :-
Sangat rugi apabila seorang blogger tidak menjadi ahli Heartbeat. Serious. Arghh !

  • First step is korang kena tekan banner Heartbeat yang ade di sebelah kanan page aku macam dalam gambar :- 

Wajib tekan..
  • Second dia akan automatically keluar macam ni  :-

  • Third korang kena tekan picture Heartbeat tu macam dalam gambar :-


  • Fourth Create Account dan Isi segala butiran. Setelah selesai mengisi tekan SUBMIT  :-
Sign up or Create Account

  • Fifth tekan JOIN HB!AFFILIATE.



  • Sixth keluar page yang baru dan korang scroll down carik ONLINE APPLICATION dan akan keluar page baru seterusnya isi butiran dan tekan SUBMIT.

  • Setelah selesai semuanya. Korang carik perkataan MY HB!AFFILIATE dan click.


  • Akhir sekali, korang hanye perlu letak banner Heartbeatdi blog korang. Kalo tak letak takde maknenye. Copy code dan terus letakkan ke dalam blog :-
Tekan dulu


Dan pilih !!



DONE !!. Dengan letak banner HeartBeat dalam blog. Korang boleh dapat duet dengan syarat followers perlu click banner tersebut and automatically. Money money money !!. Hahha !.

Kepada blogger yang belum mendaftar. Silakan.. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen.


 FIN !!

Review product : Perfume from Avon - Vanilla Soft Musk

Assalamualaikum. Halini ha wa mau celita sama kamu orang semua ha pasal itu perfume manyak wangi oo. Wa ada beli itu perfume lekat (dekat) itu buku Avon woo. Manyak wangi maa !. Lu mau tanya manyak lagi. Lu tanya itu sama amoi blog ini laa.


Hahha !. Apek. Okey harini takde ape ape idea sebenarnye. Memandangkan hari tu aku teringat yang aku ade beli perfume Vanilla Soft Musk ni aku nak share lah dengan korang. Bau die wangi gile. Sebelom aku order dekat dealer Avon tu aku macam was was + ragu ragu nak beli sebab takut bau die tak masuk dengan citarasa aku. So aku mulalah fikir masak masak ayam goreng okey tak perfume ni. Tengok nama product macam best. Vanilla Soft Musk. Oleh sebab aku minat dengan wangian vanilla. Aku beli je lah.

Kalo korang nak beli. Korang boleh usha brochure atau catalog Avon campaign 23 muka surat 2-3. Tarikh tutup campaign 15/12-2011. So cepat cepat lah rebut peluang. Acewahh !. Harge botol kecik RM5.90 je. Murahh !.




Ciri ciri perfume
Bau die seakan seakan bau coklat dan baunya akan membuatkan korang semua rase diri korang elegant. For student macam aku nih. Kalo nak pegi sekolah. Cikgu taknak busuk busuk. So kenalah beli perfume yang wangi wangi sikit. (okey takde kena mengena).

FIN !! 

Artis paling popular di alam yang fana ini. (Budak hingusan)

Assalamualaikum. Kemain tajuk. Kutok olang ya amoi !. Aloii. Apa punye celita halini. Okey apekk. Hari ni nak cite pasal retiss lah pulok. Asik merapu je kan. Okey let's begin.

Tadi aku rase macam nak hempuk je PC ni. Asal bukak pesbuk ade lah gosip pasal artis. Asal bukak je gosip. Muak lah. Mark my darling please remove all the statement. Please dear. (euuww !). Hari ni bukak pesbuk kan. Ade artis paling top dekat Malaysia ni. Kalah Dato' Siti. Kalah Greyson Chance der. Aku macam tak pecaye je. Habis populariti retis retis yang lain jatuh merudum. Jahat nye retis popular yang sorang ni kan. Okey stop membebel. 


Tengku Sophia. Aku rase korang sume dah bengang dah kot dengan minah keret sorang ni. Ade ke patot dia hina agama Islam. Eh !. Kalo ko nak hina pon. Sedar diri sikit. Ko tuh Islam ke or something else. Matahari tengah terik wehh !. Kang baling kau mampos kot. Taknak cite panjang. Korang usha gambar gambar kat bawah tu dulu. Aku nak lepas tension jap. (makan cili api gelojoh gelojoh).




Dadadadadadadadadadammm ! (bunyi drum). Anugerah bintang paling popular tahun 2011 jatuh kepada TENGKU SOPHIA yang perasan bagos. Aku benci orang yang hina Islam. 

Sesungguhnya Islam agama kita. Sesungguhnya Allah itu tuhan kita. Dan sesungguhnya Muhammad itu nabi kita. Hukumnya wajib engkau mempercayai semuanya. Janganlah sesekali engkau menghina dan mencerca. Jika engkau memperlakukan sedemikian. Maka terkeluarlah engkau dari agama Islam. Dan kafirlah engkau. Dengan itu marilah bersama sama doakan supaya Allah buka pintu hidayah kepada orang seperti Tengku Sophia....

Maaf kalau aku terkasar bahasa dalam blog ini. Takde niat pon sebenarnye. Bengang punye pasal. Sorry :)


Kau reject aku hidung kembang punye pasal doo ?

Assalamualaikum. Hari ni aku terasa hati la wehh !. Kengkawan aku semua dah reject aku. Diorang cakap aku ni hidung kembang. Ter-over kembang sebab tu diorang geli nak kawan dengan aku. Diorang cakap lagi. Hidung aku ni menyerupai katak. Kemain jahat mulot diorang. Aduhh !. Aku sedih. Tolong.. Ahhh !!!!. Tolong.

Nak tau cerita sebenar tak. Sebenarnye panjang. Okey aku cerita panjang panjang.

Mula mula aku pergi lah ke Singapore. Kekawan sume dah janji nak tunggu aku dekat lapangan terbang. Aku meng-andam bagai nak rak korang tau. Fuhh !. Aku rase aku lah yang paling comel dekat situ. Uhukks !(buat muka comel). Dah tu aku surunglah beg besar gedabak aku yang bagaikan seratus bijik batu tengah bersemayam tau tak. Sesampai je aku dekat airport tuh. Aku usha dari jauh. Woo !. Macam kenal. Aku cakap dalam hati je pun. Try gi usha dekat dekat. Ahhha !. Kawan aku. Dari jauh aku lari. Nak pelok diorang. Tetibe diorang pon lari. Aku hairan. Dengan beg besar yang sangat berat. Aku pon main kejar kejar dalam airport tuh. Sume orang tengok. Hilanglah kecomelan aku yang punye cover dari tadi.(erghh !). At last memang takde jalan nak berlari. Kengkawan aku stop dekat dalam tandas. Kemain diorang nak lari dari aku. Masok lah kau ke tandas. Aku dengan perasaan sedih tanye lah "Asal korang lari ha ?". Diorang boleh jawab " Hidung kau kembang. Kau tahu tak. Hidung kau macam katak yang takde tempat nak singgah sebab tuh dia singgah dekat hidung kau. Hodoh lah kau. Blahhh !. Kiteorang taknak tengok muke kau ". Aku yang ter-raba raba hidung ni sedih nak mampos. Aku blahh je. Lepas kuar je tandas. Ade mamat hensem beb. Hensem gile. Dia senyum dekat aku. Aku balas. Lepastuh die mintak number phone aku direct ke cafe. Kiteorang makan sambil gurau gurau. Panjang lebar. Die takde cakap yang hidung aku kembang ke katak ke ape ape ke. Aku hargai. At last die ajak aku kawin. Die bawak aku pegi rumah parents die. Lepastuhhhhhhhhhhhhhh......... Aku bangun tidur. Air liur basi meleleh je. (cett !!). Sedar sedar je. Baru ku tahu yang aku mimpi. Ahhaaa !








TAMAT !!

Mesti usha :- 1st Giveaway by Ina & Nadiah (aku tag korang lah follower.)

Assalamualaikum semua. Err !.. Err !. Takot lah. Aku takot. Tolongg !!. Tolong !!. Aku nak menang lah. Tolong ~



See what ?. Giveaway lagi. Kali kedua aku join giveaway okey. Dulu yang ni. Tapi hampehh. Bagai nak mampos kecewa. Do hope I win this giveaway even terlewat. Erghh !. Wahai si pembuat giveaway. Tolong lah daku. (buruk perangai). 

Blogger Ina dan Nadiah nak buat giveaway kat saye tau. Die kan mude je. Saye tue dari die. So.... 


Peras ugut ?. Sangat tidak baik. Adik  Ina dan Nadiah. Akak gurau je. Okey. Berbalik kepada asal. Korang nak join tak ?. Kalo rase malas nak tengok page aku. 1st giveaway by Ina & Nadiah. If rase rajen nak bertenggek depan blog aku. Okey.


Syarat-Syarat Penyertaan :> 
  • Mesti ada blog dan warganegara Malaysia .
  • Wajib like page Ina .
  • Hanya lelaki dan perempuan sahaja . #pondan atau tomboy tidk dibenarkan :P
  • Buat satu entry yang bertajuk 1st Giveaway by Ina & Nadiah
  • Letak banner GA . Linkkan terus ke blog Ina atau Nadiah . *hanya pilih satu sahaja
  • Lepas buat entry , copy link tersebut dan pastekan link tersebut dikotak komen . *di shoutbox tidak diterima .
  • Tag seorang atau lebih . Makesure diorang tahu . 
Nak tengok hadiah ? Tak menarik mana punn . 
HADIAH GIVEAWAY !
First - Top up RM15 + Header + Edit Full Blog
Second - Top up RM 10 + Edit Full blog ( tak termasuk header )
Third - Top up RM8 + Header
Sponser :-Aina - Doodle 3x Qistina - Header 3x


Dah tahu syaratnye kan ?. So. Kalo ade freetime. Join je lah.

Aku tag :-

Waaa !. Ramai kan ?. Rajin rajin lah usha blog diorang same ek. 

Lastly, if korang nak join tak ?. 1st giveaway by Ina & Nadiah.

Blogger yang suka akan rasuah.

Assalamualaikum. Tajuk kemain serious. Sebenarnye takde serious mane pon. Saje nak sentakkan hati korang. Hehhe !. New blog design ?. Asal cacat ? Eh !. Tak. Ni sementara je. Nanti nak buat blog aku ni lebih cantik daripada sekarang. Nantikan..

Sekarang ni aku jaranglah nak update blog. Sorry. Makin berdebar nak ambek result nanti. Sesape yang tahu tarikh keluarnya result PMR sila PM facebook aku atau add ke. Ahhha !. Kerja gila. Okey berbalik kepada tajuk.

Blogger zaman sekarang ni kan dah pandai buat jenayah aku tengok. Dah berani ber-rasuah. Adoii !. Ape kehe !. Meh tengok.

Amboii !. Rasuah lima hengget je pon. Gile setai rasuah eskrem MAGNUM. Sape taknak. Ade tak follower aku yang perangai macam ni ?. Kalo ade terjun KLCC sekarang. Ade belani ?. Ahha !. Kalo korang dah berani buat perangai macam ni. Aku berani jamin. Korang dengan serta mertanya akan dapat lebih ramai followers. Eskrem Magnum ohh !. Aku follow blog kau pon sebab kau nak bagi aku eskrem Magnum. Sebab tu lah aku follow.




Jangan lah buat perangai macam tu kawan kawan. Sebab kalo diorang follow pon dengan perasaan tak ikhlas. Automatically blog kita tak femes macam blog blogger lain yang tengah maningkat nama bukan meningkat tapi mAningkat. Why tak femes ?. Sebab korang dah suroh orang follow blog korang dengan unsur paksaan. Jangan lah. Lama kelamaan boleh jadi kes wooo !. Kes ape ?. Kes peras ugut. 

Sorry ter-over merepek. Thanks view.