Saya ni dekat sekolah ambil jurusan Agama. Nak ambik aliran Sains takut pancit jadi apa lagi sapu la aliran Agama pon. Bukannya nak jadi ustazah tapi nak lebih mengenal tentang sejarah Islam. Serious best. Cuma kerjanya menghafal. Dan saya daripada anti-hafal terus automatic rajin menghafal. Orang tua-tua cakap. Ilmu tu kena hargai :). Takpayah nak berkira kalau nak berjaya. Betul kan ?.
Sebab nak mencuba untuk menjaga imej budak aliran Agama. So. Kena belajar lah tutup aurat sikit-sikit. Kalau beli shawl pon, beli yang jenis pashmina labuh. Kengkadang ter-hover mak datin pakai jojet. Kalaulah saya ada sebijik/sebuah/segundi camera. Boleh lah menayang muka memakai pashmina lah,jojet lah dan macam-macam lah.
Okey lah. Direct to the tips :-2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .
Wauu !. Pandai hang copy paste :)
Assalamualaikum. Maa'ssalamah.
Cari tudung labuh susah nk jumpa? Kami dari Bawal Labuh & Lace Roses telah melancarkan beberapa tudung corak tribal dan paisley labuh bidang 55/60 yang terkini. Tudung Akel juga disediakan bg bidang 50 dan 60. Untuk info lanjut boleh lawati page Bawal Labuh & Lace Roses.
ReplyDeleteContoh tudung Tribal terbaru!https://www.facebook.com/photo.php?fbid=665969053430307&set=a.665968946763651.1073741862.320589301301619&type=1&theater