Tips : Kekalkan kulit muka yang mulus dan licin cara saya.

Assalamualaikum chenta hatiku semua :). Sehat walafiat ?. Alhamdulillah. Dengar khabar ada orang cakap saya sombong. Uishhh !. Fitnohhh, HEHE !.

Taknak cakap banyak dah. Saya bagi tips directly. Sebab tulis entry ni pon tengah kalut. So :-

1. Bangun pagi wajib basuh dan cuci muka dengan pencuci.

2. Jangan cuci muka dengan pencuci sebelum syampu rambut atau moustrizing rambut sebab segala kotoran  dekat rambut akan terperangkap dekat muka. Contohnya kelemumur yang dah dicengkam semasa ber-syampu kan. Tidak mencuci muka sebelum ber-syampu.

3. Waktu tidur ikat sanggul tinggi. Jangan biarkan diri anda menjadi Hantu Mak Limah. Menggalakkan pertumbuhan jerawat

4. Jangan terlalu obses dengan krim kecantikan. Sebab zaman sekarang as you know bahan chemical terlalu popular dan selalu dimasukkan dalam produk kecantikan. So jarangkan diri anda memakai foundation.

5. Balik sekolah, kerja atau bersukan. Wajib cuci muka sebab habuk akan terperangkap dekat muka. Kalau biar lama siappp !!. Jerawai toing toing toing.

6. Jangan sentuh muka anda selagi tidak yakin bahawa tangan anda itu bersih. Basuh tangan dengan sabun cap dettol, lifebouy atau sabun yang boleh membasmi kuman lah kan. Jangan pulak guna sabun Harimau Kuat, Daia ke ape ke. Cantik muka, Hilang tangan.

7. Jangan selalu sangat picit jerawat. Nak picit boleh tapi tangan kena bersih.

8. Selalu berwudhuk.

9. Jangan garu muka dengan kuku yang panjang, ade taik kuku dan berkuman sekiranya anda gatal muka. Garulah muka anda dengan sapu tangan yang bersih. Jangan ambil sapu tangan yang berhiaskan hingus.

10. Jangan terlalu aktif berjemur di cahaya matahari.

11. Minum air suam banyak-2

12. Selalu tadah tangan, selawat ke atas nabi, hembus dekat tangan dan sapu muka.

13. Selalu kesat peluh di muka.

14. Jangan tidur sambil tutup muka. Contohnya, tidur dalam kelas dalam keadaan tunduk tutup muka. Ataupun tidur meniarap tutup muka.

15. Selalu menjaga kebersihan dari segi pakaian, keadaan sekeliling, tabiat :)


Sekian. Cubalah :)


No comments:

Post a Comment