Resepi : Homemade Chicken Chop (own recipe)

Assalamualaikum semua. Memandangkan esok birthday sepupu. Saje lah teringat dekat korang semua. Nak berkongsi resepi. Saya ni suka masak. So cuti-cuti sekolah sekarang ni. Ape lagi asyik nak memasak. Homework tolak tepi kejap. 

Sesetengah orang dia suka makan makanan yang handmade tau. Dia taksuka beli yang readymade. Ingat baju ke nak makan ?. Depa lebih puas makan makanan yang dibuat sendiri. Yelah kita taktau macam mana diorang proses makanan tu. Lebih baek anda semua belajar buat Chicken Chop versi sendiri. Takmau cakap banyak dah. Saksikanlahhh ~~~






Bahan-bahan untuk 3 orang makan :)



SERBUK ROTI
- Beberapa keping roti gardenia

Cara-cara
1- Bakar kepingan roti tersebut dalam oven pada suhu 150C sehingga ia keras.
2- Setelah dibakar, kisar dalam blender kering atau tumbuk halus.


AYAM
- 3 keping ayam bahagian dada (cari dekat Ayamas)
- Serbuk roti
- 2 biji telur
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kepingan ayam dalam tepung gandum.
2- Salutkan lagi dalam telur.
3- Akhir sekali, salutkan dalam serbuk roti.
4- Goreng dalam minyak yang penuh.


SOS/KUAH
- 1 mangkuk air
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 kiub pati ayam (jenama knorr)
- 1/4 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos tiram
- 1 sudu besar lada sulah / lada hitam
- Sedikit kicap
- 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh.
- Mixed vegetables atau cendawan


Cara-cara
1- Rebus bawang dengan air.
2- Masukkan kuib pati ayam.
3- Biar mendidih.
4- Masukkan sos tiram,sos tomato, lada sulah dan kicap.
5- Kacau sehingga sebati dan mendidih.
6- Masukkan air bancuhan tepung gandum (tujuan untuk pekatkan kuah)
7- Kacau kuah berterusan sehingga pekat.
8- Masukkan mixed vegetables atau cendawan.
9- Kacau sebentar dan done !!.


POTATO WEDGES
- 3 biji kentang (dibuang kulit dan dipotong bentuk wedges)
- 2 sudu besar serbuk cili
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kentang dalam serbuk cili kemudian tepung gandum.
2- Goreng dalam minyak penuh.


Resepi ni saya belajar dari family. Sesiapa yang teringin nak makan puas-puas chicken chop. Try buat sendiri. Sekali makan sampai 3 keping tau :D. HEHEHEHE !. Selamat mencuba.


3 comments:

  1. Urhh, sedapnya =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/05/award-of-excellence-ceremony.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Try masak tengok. Lagi perghh ! :)

      Delete
  2. This sounds good
    Thank you for the recipe :)

    ReplyDelete