Hati nak bercinta tapi takut dikecewakan.

Salam semua. Amboi dah lama tak update. Bukan takat berhabuk. Dah dimakan anai-anai blog ni. Takpe lahh. Kalau anda semua rindu dengan celoteh saya. Baca-baca lah sikit apa yang saya nak post ni. Moga seronok baca :) ( nampak sangat macam paksa baca)

Actually bila dah lepas habes exam SPM bagi tahun 2013 ni, hati ni mula lah sunyi. Mula lah nak tergedik-gedik hati ni sunyi sebab tak berkasih aka bercouple. Mostly budak lepasan SPM 2013 memang akan mula memulakan aktiviti mencari jodoh selepas merasakan freedom yang amat selepas dah penat perah otak dalam dewan periksa haritu. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan misi aku memerah otak tapi agak takut dengan paper Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebab minggu aku kena exam 3 paper ni. Aku demam panas. So not really 100% focus on those paper. Tapi aku memang usaha bersungguh-sungguh baca walaupun waktu tu memang energy nak masukkan bahan ilmiah dalam otak tinggal 20%. Namun ku gagahi. HAHAHHA. Ayat tak boleh belahhh.

Kembali kepada tajuk. Aku dah tak larat dah nak tahan nafsu melihat jejaka-jejaka tampan dekat luar sana. Sebab sekarang aku sedang mengisi masa lapang selama 4 bulan sementara tunggu result keluar dengan mengembungkan poket aku yang kurus dengan bekerja sebagai tukang gunting kain di kedai kain Mee Ca Mee. Nanti aku update pasal tempat kerja aku. Dah tu customer yang datang beli di kedai ni semuanya handsome-handsome makkk. Aiyooo ~ Manyak laku lah ini kedai. Jadi dalam hati ni terdetik nak tackle para customer yang handsome-2 tu. Tapi aku still serik dengan kisah percintaan aku yang dulu. Masih teringat betapa sakitnya hati ditinggalkan walaupun sekadar cinta monyet. Tak apa lahh. Jadi aku ambil jalan pintas untuk jaga nafsu aku ni sebelum membuas bak harimau kelaparan dengan perbanyakkan cintaku terhadapNya.

Ingatlah kawan-kawan. Jodoh kita dah tertulis di Luh Mahfuz. Janganlah tergedik awal sangat nak jealous dengan couple-2 di luar sana. Biarlah kita ni menjadi milik yang halal. Actually bila hidup single ni banyak hikmah dan faedah jugak pahala yang kita dapat. Antaranya :-

1) Dosa tak banyak
2) Masa diluangkan dengan bercinta dengan Allah yang Maha Kuasa
3) Boleh focus 100% dengan kerja
4) Boleh luangkan masa dengan family secukup-cukup cukup sudahhh ~
5) Duit tak banyak habis dengan meminjamkan dekat boyfriend
6) Tak payah bersusah nak peningkan kepala dengan masalah bila bergaduh dengan boyfriend
7) Tak payah nak sakitkan hati
8) Tak payah nak belajar imagine muka pakwe ko dalam pinggan nasi ko bila rindu
9) Bebas berkawan
10 ) Kita ada Allah dan rasul tercinta yang temankan kita :)


Wassalam. Thanks for reading