Mesti hampa semua tertanya-tanya. Apesal yang saya dok heboh gaban pasal selamatkan diri lah tu lah. Zaman sekarang ni memang popular yang kaum wanita selalu diancam. Dirogol, diragut, diculik, didera, diperendahkan maruah. Bahaya kan. Setiap perempuan ada mahkota masing-masing. Terpulang kepada setiap indvidu untuk menjaganya dengan rapi.
Semua manusia bukannya sempurna sangat. Sekadar belajar untuk menjadi lebih sempurna ja. Termasuk saya. Dalam proses untuk mendekatkan diri dengan Allah dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Sebagai seorang wanita, kita ada hak untuk membela diri. Jom tengok tips yang saya share :-
1- Sebelum kita keluar rumah, digalakkan mempunyai niat yang baik. Baca ayat kursi satu kali. Digalakkan jugak amalkan ayat ni apabila hampa semua rasa diri diancam dan sebelum melangkah kaki pi sekolah, tempat kerja, kuliyyah dan lain-lain.2- Sediakan minyak wangi berjenama IZZI atau jenama lain di dalam poket baju. Jangan pernah guna. Nanti nak restock mahal pulak. HEHE :)3- Salin resepi ni : 5 sudu besar serbuk cili + lada hitam sedikit + lada putih sikit dan air secukupnya. Pastikan tekstur chemicalnya cair macam minyak wangi.4- Sentiasa kelek Al-quran ke mana sahaja. Moga Allah menjaga kita dari gangguan syaitan/lelaki ajnabi.5- Jangan pernah merasakan diri selamat dalam rumah. Pastikan anda restock bahan 2 dan 3 sebelum tidur.6- Jangan pernah sesekali jalan seorang diri di mana sahaja. Walaupun nak pergi kedai 1 inci daripada rumah. Pastikan berteman. Kalau takdak teman pun bawak kucing peliharaan. HAHA !.7- Jangan terlalu mudah mempercayai orang :)8- Topup iman dulu. InsyaAllah. Allah akan melindungi kita di mana jua kita berada.
Itulah sahaja untuk saya share.Sekian sahaja langkah berjaga dari saya. :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment