Kejohanan Olahraga Kali Ke-31 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Assalamualaikum semua. Dah lama saya tak update kot. Rindu blog. Busy !!!

Nak dipendekkan cerita. Kejohanan Olahraga ni memang wajib ada setiap tahun dekat semua sekolah. Kalau takda memang boleh gila geng-geng atlet sekolah. Baru baru ni 27 Jun 2012 sekolah saya dah selesai mengadakan kejohanan ni. Tapi harini baru nak update. Sokayy. Meh nak story. Upacara dimulakan dengan perbarisan unit beruniform, geng geng bawak bendera warna warni dan kontinjen rumah sukan iaitu Seroja (Biru), Mawar (Merah), Kenanga (Kuning) dan Cempaka (Hijau).

Geng-geng perbarisan:-


Unit unifrom. Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Kadet Bomba, Kadet Polis dan St.John. Renjer Puteri takda pulak gambar depa.


Focus sat dekat geng-geng kadet polis. Ada bulatan tak dekat sorang budak comey ?. Tu lah SAYA !!!. HAHA !. Tengok geng geng kontinjen pulak. Model cun nak mampos. Especially SEROJA !!.


Lepas je habis perbarisan. Mulalah acara padang. Not to forget saya ni ahli rumah Seroja. Biru katakan. Semuanya pic Biru je. Muka para atlet Seroja.


Selesai sudah acara padang. Mulalah sakit perot tunggu keputusan. Siapa menang siapa kalah kan ?. Dah ternyata Seroja sekadar dapat naib johan je. Takpa tahun depan ada lagi. Last pic.


Dah habis baca ?. Tutup cerita. Naib johan pon naib lahh. Janji ada kedudukan. GO GO SHARIFAH. Dah baca jangan lupa pollow. Gerenti story lagi best akan muncul kalau korang semua follow. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment