Hari Usahawan Sekolah.

Assalamualaikum. Seperti biasa lah kan. Zaman sekarang sekolah buat hari usahawan atau hari kantin. Kalau tak buat wajib murid buat demonstrasi. HAHAH !. Nak kata gila tak tapi the best ever day ialah hari usahawan lah kan.

Start pukul 7.20 pagi saya dah bertolak dari rumah nak datang sekolah. Still pakai baju sukan sekolah. Tapi dalam hati tak sabar nak pakai baju kelas. Atas perikemanusian, saya dipertanggungjawabkan oleh member-member kelas untuk pergi tempah t-shirt kelas dan ditemani oleh bestfriends saya. 


Pukul 7.30 pagi sampai sekolah. Wahhh !. Ambil kesempatan kau mentang lahh bukan hari sekolah kau boleh pulak terlajak tidur. Naseb sempat solat subuh. HAHA !. Sampai je sekolah terus agih t-shirt. Rushing pergi dekat toilet asrama. Main bedal je tukar baju. Heheh !. Lepas tukar je terus kena puji sebab baju saya besar gedabak dan labuh. "Muslimahh lah tu". Ngeh ngeh..

Hari tu lah hari yang rushing. Hari tu lah hari nak busy. Hari tu lah hari nak menggila-gila dengan member dan haritu lah nak acting ala ala makcik jual kuih dekat bazaar. Tak percaya ?

Muka tak sempat nak ready. Badan tak sempat nak kurus dah kau snap pic. 

Okey ni boleh lah nak bajet hot sebab muka kau tak nampak hodoh. Up here were my friends. Laila and Hafizah :)

Ramai je yang jual makanan sodap-sodap. Keropok lekor, mee tonggek, potato spring, ayam goreng, burger, blended dan macam-macam lagi lah. Memang macam syurga makanan lah pulak. Yang saya sempat beli ialah satay,potato spring,nasi tomato,keropok lekor dan rojak. Perghh !. Gila meng-shopping kau.

Kelas 4 Agama (kelas saya) jual rojak. So gambo-gambo di atas tu gambar tengah sibuk kacau rojak lahh. Sebagai kenangan snap pic dengan banner rojak lah pulak.
Fawaz, Hafizah dan Saya

Lepas je habis kemas tapak perniagaan terus je snap pic muka letih dengan besties.

Saya memang suka buat tudung macam tu kalau letih. HEHE !

Ainun, Laila, Musfrah, Fawaz dan Hafizah.


We are FMHLA :). My besties.

Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment