source : google |
Bahan-bahan :-
* 3 atau 4 gelas air
* 1 batang lobak merah (ikot korang nak potong cane)
* 1 biji brokoli (ikut korang)
* 5 biji kacang peas (ikot korang nak potong cane)
* 2 rumpun/pokok sayur sawi comel comel (ikot korang nak potong cane)
* 10 biji bebola ikan (dipotong dua)
* 2 batang kek ikan (dipotong kecil-kecil)
* 1 sudu besar sos tiram
* Garam
* Serbuk pasti sedap sikit
Cara-cara :-
* Sediakan semua bahan. Basuh sehingga bersih.
* Panaskan air dalam periuk dengan api sederhana.
* Rebus lobak merah dan brokoli dahulu sebab lambat empuk. Tunggu selama 7 minit.
* Masukkan sawi dan kacang peas. Kacau dan tunggu 2 minit.
* Masukkan bebola ikan dan kek ikan. Kacau lagi dan tunggu 1 minit.
* Akhir sekali, masukkan sos tiram,garam dan serbuk pasti sedap. Kalo dah menepati citarasa korang. Tutup api dan melantak lah.
Simple bukan ?. For sure, jenis sayur terletak atas citarasa korang. Korang boleh tukar tukar je. SELAMAT MENCUBA !!
FIN !!
No comments:
Post a Comment