Resepi : Kek batik biskut marie

Assalamualaikum semua. Hari ni bosan sangat. Taktahu nak buat ape. Usha almari ade biskut marie. Usha peti sejuk ade air milo sejuk. Nyomnyom biskut marie depan tv tengok cite Detective Conan sambil teguk air milo sejuk.

Dah bosan. Aku rase gatal tangan. Orang tetua cakap kalo kite gatal tangan kita nak dapat duet. Tapi tak. Aku punya genetik lain. Kalo gatal tangan kerjanya nak memasak lah. Aku usha lagi biskut marie tu. Lagi aku usha lagi mendalam firasat aku kempunan nak makan kek batik biskut marie. Aku bangun lari 5 meter ke dapur. Sediakan bahan bahan nak buat. Ini dia resepinya :-




KEK BATIK BISKUT MARIE


Bahan-bahan :-
* 250 gram buttercup
* 2 biji telur
* 500 gram biskut marie (patah-patahkan menjadi kecil)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan serbuk milo
* 1 cawan serbuk nestum perasa madu
* 1 sachet/ packet nescafe 3 in 1
* Sedikit air

Cara-cara :-
* Sediakan periuk bersaiz sederhana. Bukak api perlahan.
* Cairkan buttercup tadi. Setelah cair, masukkan telur dan kacau selama 1 minit (jangan bagi die  jadi telur goreng pulak)
* Cepat cepat korang masokkan susu pekat, kacau sebentar dan masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan air. Sedikit sahaja.
* Lepastu, korang maen campak je serbuk milo, nestum dan nescafe.
* Last sekali korang campak terus biskut marie yang dah dipatah patah kan tuh dan kacau sebati.
* Dah sebati tu korang terus taruk atas loyang dan biarkan kek tu keras dalam frezzer.


Sebelum korang nak taruk dalam loyang. Korang rase dulu manis ke tak. Korang tengok dulu pekat ke tak ?. For sure. Kalo nak die lembut. Korang letak air lebih sikit je. Jangan terlalu banyak. Kang lembik je. 

Kalo korang dah terlalu kempunan nak makan korang biarkan dulu kek tuh bernafas dalam 20 minit dalam frezzer. Jangan maen makan je. Kek tu pon nak hidup. :) SELAMAT MENCUBA !!


FIN !!

1 comment: