Assalamualaikum semua. Harini hari yang paling berbahagia. Tak sangka nenek aku rajin nak buat pizza. Aku pon ape lagi. HOKEYYY je lah. Dalam pukul 9 pagi gitu. Nenek aku yang masih bergetah *wuhuuu ! tu pegi Superstore. Die dengan adek aku gi beli bahan bahan. Aku dekat rumah ni asik menghadap game GTA VC (Grant Theft Auto Vice City). Kemain. Perempuan berjiwa jantan. Fuhhh !. Alhamdulillah. Dah habes semua level. Penat gile player dalam game tu lari dari polis polis yang bangang tuh.
Resepi hari ni aku nak bagi name Pizza Marvellous. Kenapa ?. Sebab sedap dari PIZZA HUT dooo. Bukan nak bangga. Tapi serious bahh. Korang yang tengah bace entry nih. Stop kejap pegi ambek kertas and pensil. Salin lah kalo rajen.
Bahan doh :-* 1 kg tepung gandum* 1 sachet/peket yeast mauripan* Oregano atau 6 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) - aku gune bawang putih sebab oregano takdek.* Secubit garam* Air secukupnyaBahan sos :-* 2 cawan sos cili* 2 cawan sos tomato* 1 1/2 tsb gula* 3 sudu besar airBahan inti :-* 500 gram daging kisar (pastikan ade tanda halal)* 1 sachet/peket serbuk kari daging* 1 cawan mix vegetables / sayur campuran* 3 biji bawang besar (potong kuib)* 3 biji ubi kentang (potong kiub)* 1 cawan air* Garam, gula dan perasaBahan sampingan :-* Sausage (dihiris halus)- (pastikan ade tanda halal)* Cendawan butang (dihiris halus)- (pastikan ade tanda halal)* Mayonis* Cheese
Cara-cara :-* Masukkan semua bahan doh dalam mangkuk besar. Uli sehingga tidak melekat di jejari. Bentukkan seperti bola kecik. Perap selama 1 jam. ASINGKAN.* Masukkan semua bahan sos dalam periuk kecil. Kacau sehingga ia pekat dengan api kecil. ASINGKAN.* Sediakan bahan inti. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau sehingga masak. Tuangkan air. Kacau rata. Masukkan serbuk kari, ubi kentang dan mix vegetables. Kacau lagi. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Dan biarkan sehingga ia kering. ASINGKAN.* Setelah siap semua bahan. Korang ambil doh tadi. Tempekkan dekat loyang jadi leper.* Dah siap tempek, korang sapu sos.* Lepas tu, korang letakkan inti, sausage, cendawan, mayonis and cheese. Decorate lah korang punye pizza ikot citarasa korang.* Dah siap decorate pizza korang, masukkan dalam oven. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.* Dah masak ?. Melantak lahhh !. :D
AWAS : Kalau korang gune bawang putih dalam doh korang. Automatically, punggung korang asyik nak keluarkan angin. Amat bagos untuk kesihatan :)
FIN !!
No comments:
Post a Comment