Resepi : Sup sayur campur.

Assalamualaikum. Hari ni kempunan nak makan sup sayur campur. Sedap gila aku masak. :). Bukan ape. Aku rase diri aku ni makin lama makin menaik. Banyak sangat makan benda berlemak kan. So hari ni terbuka hati nak melantak sup sayur. Jadi aku dengan terbuka hatinya nak kongsi jugak lah resepi dengan korang. Sesape yang bosan lepas dapat je resepi. Try gi masak. Kompom sedap. Hahha ! Sorry. Aku tak snap pic sayur tu pon sebab battery kong.

source : google
Bahan-bahan :-

* 3 atau 4 gelas air
* 1 batang lobak merah (ikot korang nak potong cane)
* 1 biji brokoli (ikut korang)
* 5 biji kacang peas (ikot korang nak potong cane)
* 2 rumpun/pokok sayur sawi comel comel (ikot korang nak potong cane)
* 10 biji bebola ikan (dipotong dua)
* 2 batang kek ikan (dipotong kecil-kecil)
* 1 sudu besar sos tiram
* Garam
* Serbuk pasti sedap sikit


Cara-cara :-

* Sediakan semua bahan. Basuh sehingga bersih.
* Panaskan air dalam periuk dengan api sederhana.
* Rebus lobak merah dan brokoli dahulu sebab lambat empuk. Tunggu selama 7 minit.
* Masukkan sawi dan kacang peas. Kacau dan tunggu 2 minit.
* Masukkan bebola ikan dan kek ikan. Kacau lagi dan tunggu 1 minit.
* Akhir sekali, masukkan sos tiram,garam dan serbuk pasti sedap. Kalo dah menepati citarasa korang. Tutup api dan melantak lah.


Simple bukan ?. For sure, jenis sayur terletak atas citarasa korang. Korang boleh tukar tukar je. SELAMAT MENCUBA !!


FIN !!

Aloyaii apek. Amoii nak....

Assalamualaikum semua. Sehat ?. Hahha !. Tajok kemain mengancam. Sebenarnye takde mengancam mane pon. Saje nak story dekat korang. Tadi kan dalam pukul 9 malam kan. Aku dapat private message from my friend. Actually I miss her so much. Nyomnyom !!. Die send message yang boleh membuatkan aku berkurung dalam jamban sebulan. Ade ke patot. Aku tengah syiok melantak depan tv die boleh send message pasal keputusan PMR. Woii !. Aku tak sempat nak enjoy dengan my lovely Roti Kok dan teh tarik buatan sendiri yang pahit nak mampos.

Belilah roti kok di kedai runcit berdekatan sebelom habes.

Sebenarnye dari minggu lepas lagi aku dah macam cacing nak beranak. Minggu ni pulak relax kejap je. Dah dapat message member aku yang terlebih rajin sorang ni, terus jadi macam kucing kepanasan. Meronta ronta ja macam lemas dekat longkang tepi rumah. Aku nak relaxxz wehh !. Asal ko send message cemtu dekat aku ?. Potong line lah.

Hari ni hari Ahad 18/12/2011 dah. Arghhh !. Esok 19/12/2011 ade agenda. Agenda ape ?. Esok emak saudara aku yang cantik tu nak kahwen. Ape lagi agenda aku kalo tak melantak nasi minyak catering tuh ?. Kempunan giloss tau tak. Tak sabar nak meng-andam lepas tuh jalan ala ala diva pergi ceremony tu. Adoii !. Dapat aku bayangkan yang mamat mamat catering tu tak usha aku sebab aku terlampau cantek. Ahaksss !. Tak sabar nye. Isyaallah aku update dengan gambar gambar kahwen my aunt esok :).

Berbalik kepada asal, sekarang ni dah kecoh dekat FB. "Weh, keputusan PMR keluar 22/12/2011 ni lah", "Weh, aku nak lari pergi Somalia, takotnye nak ambek result exam". Korang kecoh lah sampai nak mati pon. Keluar tu keluar jugak. Ade lagi 4 hari aku nak hindarkan stress. Please no stress Ainun. Just berdoa. Insyaallah.



For ex-PMR student yang nak ambil keputusan hari Khamis ni. Banyak banyakkan berdoa. Insyaallah. Allah Maha Mendengar. Segala apa yang kita dapat perlu diterima dengan hati yang terbuka. 

 Maaf entry ini hanyalah sekadar luahan perasaan dari taiko blog. Maaf lagi sekali.

Keputusan PMR keluar sama ada pada 22/12/2011 atau 23/12/2011. Sebarang pindaan akan dimaklumkan. Harap maklum.



FIN !!

Resepi : Kek batik biskut marie

Assalamualaikum semua. Hari ni bosan sangat. Taktahu nak buat ape. Usha almari ade biskut marie. Usha peti sejuk ade air milo sejuk. Nyomnyom biskut marie depan tv tengok cite Detective Conan sambil teguk air milo sejuk.

Dah bosan. Aku rase gatal tangan. Orang tetua cakap kalo kite gatal tangan kita nak dapat duet. Tapi tak. Aku punya genetik lain. Kalo gatal tangan kerjanya nak memasak lah. Aku usha lagi biskut marie tu. Lagi aku usha lagi mendalam firasat aku kempunan nak makan kek batik biskut marie. Aku bangun lari 5 meter ke dapur. Sediakan bahan bahan nak buat. Ini dia resepinya :-




KEK BATIK BISKUT MARIE


Bahan-bahan :-
* 250 gram buttercup
* 2 biji telur
* 500 gram biskut marie (patah-patahkan menjadi kecil)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan serbuk milo
* 1 cawan serbuk nestum perasa madu
* 1 sachet/ packet nescafe 3 in 1
* Sedikit air

Cara-cara :-
* Sediakan periuk bersaiz sederhana. Bukak api perlahan.
* Cairkan buttercup tadi. Setelah cair, masukkan telur dan kacau selama 1 minit (jangan bagi die  jadi telur goreng pulak)
* Cepat cepat korang masokkan susu pekat, kacau sebentar dan masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan air. Sedikit sahaja.
* Lepastu, korang maen campak je serbuk milo, nestum dan nescafe.
* Last sekali korang campak terus biskut marie yang dah dipatah patah kan tuh dan kacau sebati.
* Dah sebati tu korang terus taruk atas loyang dan biarkan kek tu keras dalam frezzer.


Sebelum korang nak taruk dalam loyang. Korang rase dulu manis ke tak. Korang tengok dulu pekat ke tak ?. For sure. Kalo nak die lembut. Korang letak air lebih sikit je. Jangan terlalu banyak. Kang lembik je. 

Kalo korang dah terlalu kempunan nak makan korang biarkan dulu kek tuh bernafas dalam 20 minit dalam frezzer. Jangan maen makan je. Kek tu pon nak hidup. :) SELAMAT MENCUBA !!


FIN !!