Resepi : Ayam Bakar Madu (own recipe)

Assalamualaikum semua. Sehat ?. Haaa. Amacam korang tahan tak berlapar siang tadi ?. Hehe. Berbuka puasa makan ape ?. Ade tak aktiviti bakar membakar ?. Nak diceritakan tadi saya ada lah menolong mak dekat dapur. Kami semua bercadang nak bakar ayam @ ayam bakar. So. Saye dengan sukacitanya cakap "Kaklong bakar ayam, mai nak perap ayam, sapa pon jangan dok kacau". Berbekalkan resepi dekat kepala hotak. Hape lagi, saya mulakan operasi start pukul 2 petang dan siap pukul 5.30 petang.

Entry ni sebenarnya bertujuan nak meng-share resepi ayam bakar madu yang saya buat tadi :)

google :)

Bahan ayam :-
12 ketul ayam (yang dah dipotong)
1 botol sos tiram kecil
1 1/2 genggam gula pasir
1/2 cawan kicap

Bahan sos :-
a) Bahan perapan ayam (sos tiram+gula+kicap)
b) 1 biji tomato
    2 biji cili hidup / cabai hidup
    1 biji cili api / cabai melaka
    2 sudu besar gula
    1 1/2 sudu kecil garam
    1 1/2 sudu besar cuka makan

Cara-cara :-
1) Kukus ayam selama 20 minit.
2) Setelah 20 minit, korang perapkan ayam dengan sos tiram,kicap dan gula selama 15 minit. 
3) Bako je laa ayam tu. 

Cara-cara buat sos :-
1) [a]Bahan perapan ayam tadi dijadikan sebagai sos kaler hitam.
2) [b]Blenderkan tomato,cili hidup,cili api sehingga lumat.
3) Bukak api sederhana besar. Tumis bahan blender tadi dan masukkan gula,garam dan cuka tadi. Biar sehingga naik tekstur dia aka pekat sikit baru angkat.

Cara menghidang :-
Tuangkan sos (a) atas ayam dan cicah dengan sos (b)


Resepi ni takdelah letak madu sangat cuma dressing ayam ni ja ala ala madu sikit. Tak letak madu pon tapi rase macam madu je. Lagi satu resepi ni saya ilhamkan dari resepi nasi ayam yang dulu saya pernah share dengan korang semua. Cubalah Mesti korang tak makan sekali dua. Sebarang pertanyaan sila hubungi comment box saya :)

Terima kasih. Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment