Tergamak kan seorang anak meninggalkan ibunya yang lumpuh & tua itu di hotel murahan. Wah wahhh !. Kejam macam binatang (maaf). Selanjutnya
CLICK THIS !
Seperti yang kita tahu anak tersebut dah buat penjelasan untuk menafikan kenyataan yang tersebar kan. Tapi berbalik kepada asal. Kenapa kau tinggal mak kau dekat hotel ?. Kau cakap kau hilang punca ?. Takkan sampai tergamak tinggalkan mak kau dekat hotel bajet. Kurang-kurang tinggalkanlah mak kau dekat rumah orang tua-tua.
Okey. Saya bukannya nak menggalakkan masyarakat zaman moden kini ramai-ramai tinggalkan mak korang dekat rumah orang tua-tua. Tapi its better than tinggalkan mak kau dekat hotel murahan kan. Kalau tinggal dekat rumah orang tua-tua terjamin lah sikit penjagaan terhadap orang tua kan.
Tutup cerita bab kutok-meng-kutok. Sekarang ni saya semakin sedih dan saya sendiri sedang membentuk diri jati diri untuk menjadi seorang anak yang tidak derhaka terhadap ibu-bapa. Serious rasa macam masyarakat zaman kini semakin berhati binatang. Maaf tapi betul. Maksiat berleluasa, pergaulan bebas, berzina, derhaka kepada ibu bapa. Sedangkan kita ni orang Islam. Renung-renungkan.
Mari kita cantikkan cornea dengan melihat potongan ayat al-quran di bawah.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
Dipetik dari surah An-Nisaa' ayat 36. Pengajaran daripada ayat ialah hukum menghormati ibu bapa yang menjaga kita dari kecil sehinggalah besar zirafah macam saya ni. Buktinya ialah dengan perkataan WALIWALIDAINI IHSANAN yang terdapat dalam ayat menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Jadi beringatlah wahai remaja, dewasa, lelaki, perempuan sejauh mana kita pergi sentiasalah berbuat baik dengan kedua ibu bapa anda. Jangan kita bongkak apabila dilimpahkan dengan kesenangan. Sentiasa ingat kepada Allah SWT dan insyaallah kita akan dilindungi daripada perkara-perkara yang mungkin kita tidak sedar bahawa kitalah yang melakukannya.
Akhir kata, saya ingin berkongsi sedikit ole-ole untuk anda mengumpul pahala. Nak ole-ole CLICK THIS !
Nantikan topik seterusnya : Tunggu apa lagi ? Wanita janganlah kau buang masa.
No comments:
Post a Comment