Salahkah berjihad untuk mendekatkan diri dengan Allah ?

Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan. Sempena dengan background yang saya baru buat ni. Saya pon nak mulakan dengan imej yang baru. Saya akan update semuanya tentang hal yang menjuruskan ke arah positif.

Hari ini berfokuskan kepada topik JIHAD. Kadangkala saya terbuka hati nak berpurdah tetapi kadangkala terasa segan dengan tohmahan yang akan diterima. Betul tak ?. Kalau kita semua nak melakukan sesuatu perkara yang baik. Orang sekeliling mesti pandang rendah ?. Tak gitu ?.

Sekali dalam hidup anda. Pernahkah anda membaca surah Yasin setiap kali malam Jumaat, apabila terjadinya kematian salah seorang ahli keluarga yang tersayang dan apabila hati terasa goyah dengan amalan yang dilakukan yang kemungkinan diterima atau ditolak oleh ALLAH SWT.

Petikan di bawah dipetik daripada surah Yasin (ayat 7) :


A007
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

Apa motif sebenar saya siarkan petikan di atas. Adalah kerana saya merasakan. Seseorang yang mahu berjihad tetapi masih berasa malu dengan tohmahan atau penghinaan yang mungkin diterima oleh mereka. Adalah orang yang tidak mahu beriman. Nescaya, Allah telah menetapkan hukuman seksa atas kebanyakan mereka.

Selain itu, petikan di bawah yang dipetik daripada surah An-Nisa' (ayat 14) :


A014

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

Orang yang derhaka (tidak mahu menjalankan syariat Allah dengan tepat, benar dan nyata) akan dilemparkan ke dalam NERAKA JAHANNAM. Pengajarannya, jika anda berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan. Teruskanlah, kerana Allah akan meredhai hidup anda dan melimpahkan rezeki yang murah.

Sekadar ini yang saya ingin kongsikan. Mohon maaf sekiranya pendapat ini tidak rasional atau tidak relevan bagi pemikiran masing-masing tetapi saya yang lemah lagi jahil hanya ingin berkongsi pendapat dengan anda semua.

Nantikan topik seterusnya : Couple lagi best !

No comments:

Post a Comment