Meroyan nak husband :D

Assalamualaikum. Amacam tajuk entry. Menyengat dak ?. Sebenarnya nak bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman lah kan. Dah umur 16 tahun dah. Lagi 9 tahun nak kawin. Cewaahhh !. Target umur 25 tahun okey. Kena rancang siap-siap. Qada' dan Qadar ditentukan oleh Allah. Ada jodoh ada lah kan.

Meh tengok sikit :-

Imam Muda Omar okey !. Alhamdulillah.


1- Iman yang cukup. Yang ni memang wajib sebab isteri ni perlu bimbingan yang baik daripada seorang suami. Kalau suami pun asyik nak jadi kaki mabuk. Mau ka buat laki ?. Tudia Kedah marii.

2- Badan sixpack. Ya Allah. Awat jadi lagu ni. Bukan apa. Laki yang badan sixpack ni sangat seksis dan  nampak woooo !. Menarik dan pandai menjaga badan lah kan. Korang nak ka laki yang perut boroi atau kurus keding ?. Taknak kan ?. Saya pon taknak jugak. Eeeee ! :-S

3- Seumur hidup tak pernah letak 'dai' di rambut. Tau tak dai tu apa ?. Pewarna rambut. Tak kira lah halal ke apa ke. No way. Saya memang tak suka laki yang pakai dai. Kita boleh melambang peribadi diorang kan. Bukan nak kata tapi let see. Bolehkah diorang solat dengan pakai pewarna rambut ?. Tak kan ?. So spekulasi sperti itu boleh diterima lah nohh.

4- Tinggi over 175cm. Hehe. Jangan dok kata apa. Sebab tinggi saya 163cm dan terasa janggal bila ada husband/laki yang sama tinggi macam yoyoO ja kan. Dan feveret shoes adalah wedges dan automatic tinggi menjadi 170cm. Belagak ala model lah konon. HAHA !. Satlagi nampak macam tiang elektrik jalan dengan kredit kad pulak.

5- Berpelajaran. Habis kuat pon penah pegang Master atau Ijazah Sarjana Muda. :D. Hightaste bukan main. Nak melahirkan anak-anak yang genius lah katakan. Sebab saya ni tahap genius tu boleh dikatakan 50% sahaja. Jadi. Emmmm.. emmm.. taktau nak cakap apa lah kan. :D. Akhir kata, Ijazah Sarjana Muda.

6- Bertanggungjawab. Mak saya cakap. Lelaki sekarang susah nak cari yang berkualiti. Maksud dia macam, tak betul-betul bersedia nak jadi suami orang lah kan. Sebab sekarang ni depan mata pon saya boleh tengok laki kikis duit perempuan. Bukan semua lelaki macam ni. Dalam 100% tu boleh dianggarkan dalam 5% ja lelaki yang tak bersungguh kan ?. So. The guys out there please judge yourself before being a husband.

7- Bergaya. Jangan terover bergaya sampai jadi macam SuperMan. Pakai spender dekat luar. Apasal. HEHE !. Jangan marah. Bergaya ala kadar ja.

8- Sayang parents beliau. Okey !. Senang kata kalau kau dingin dengan mak bapak kau. Macam mana aku nak eratkan sillaturrahim dengan diorang?. Lebih kurang macam tu lah kan. Syurga dibawah tapak kaki ibu :D. Nak melangkah ke Syurga, kita perlukan restu dari kedua ibu bapa tau.

9- Tahap miang 1% sahaja. Lelaki memang sekali sekala fedup dengan perangai perempuan yang sikit-sikit nak merajuk. WOOO !. ADA PENGALAMAN KE ?. Tak lah. Benda yang umum kan. So diorang mulalah me'miang'kan diri dengan cari kenalan baru. Tapi isteri tetap di hati.

10- Last dah. Sentiasa menjadi imam ketika menunaikan solat. Alhamdulillah.


HAHA !. Amacam ?. Korang punya ciri-ciri lelaki idaman ape ?. Meh lah share sikit. Tinggalkan link dekat comment box kalau anda berminat untuk menulis entry sebegini rupa. Akhir kata, kalau terkasar bahasa sila maafkan saya.

Assalamualaikum. Maa'ssalamah.


Header baru. Perghh !. Lawa.

Assalamualaikum. Entry basi dan pendek sahaja sebenarnya. Saya ni memang suka bab-bab promote ni.


Header di atas diedit secara eksklusifnya oleh saya sendiri tetapi doddles-doodles tersebut dicuri daripada blogger yang hensem perghh ! bijak perghhh !. terror bab-bab editting doodles perghhh !. nak tau sapa ?


FIZGRAPHIC

Bukak ja blog beliau terus terpanah dan terkezuttt sebab sangat cantik doddles dia :). dulu header cekkk buruk dan over simplelicious.


See !. Dan sekarang boleh lah belagak sikit macam blogger tegar yang nak populariti lebih. :D.

Assalamualaikum. Maa'ssalamah :D



Game pilihan : Papa's PanCakeria

Assalamualaikum. Hai dah lama tak update. Okey sekarang ni busy main game. Acting macam budak sampai homework haram tak sentuh. Pi sekolah nanti kena dengan cikgu kan nanges. HEHE !.

By the way entry ni bukan ada ape pon. Tapi just nak sponsor game-game yang best. Sekadar berkongsi dengan readers. :)

Let's go.

1# Game pilihan : Papa's PanCakeria


 Ni lah rupa game dia sebelum register :). 

Selepas register game. Ni lah hasilnya. Saya yang Rasyida lah. Yang lagi dua orang tu penyebok je :)

Di ORDER STATION. untuk ambil order dari pelanggan dan ambil masa yang agak lama lebih kurang 1 minit untuk nak menulis order. sangat fanasss okey menunggu even kita just tekan-tekan mouse ja. buang masa jugak kadang-kadang.

di GRILL STATION. tempat untuk masak pancake,waffles dan roti. dan blueberry,pecan nuts,chocolate chips dan bacon tu fillingnya.

di BUILD STATION. tempat untuk decorate pancake,waffles dan roti yang dah dimasak. ada coffee sauce, honey sauce, whipping cream, blueberry sauce, cinnamon, sugar, blueberry, chocolate chips, cranberry, banana, strawberry dan margerin :). sangat enjoy.

di DRINK STATION. tempat untuk sediakan hot chocolate dan dark hot chocolate. :). untuk dapatkan station ni korang kena lepas rank 15. :).

Sangat terasa real main game ni. Enjoy dan terasa macam budak-budak umur 6 tahun yang genius main game sampai jadi expert. :). 

Anda berminat ?. Sila KLIK SAYA untuk main.

Assalamualaikum. Maa'ssalamah.