Meroyan nak husband :D

Assalamualaikum. Amacam tajuk entry. Menyengat dak ?. Sebenarnya nak bercerita tentang ciri-ciri lelaki idaman lah kan. Dah umur 16 tahun dah. Lagi 9 tahun nak kawin. Cewaahhh !. Target umur 25 tahun okey. Kena rancang siap-siap. Qada' dan Qadar ditentukan oleh Allah. Ada jodoh ada lah kan.

Meh tengok sikit :-

Imam Muda Omar okey !. Alhamdulillah.


1- Iman yang cukup. Yang ni memang wajib sebab isteri ni perlu bimbingan yang baik daripada seorang suami. Kalau suami pun asyik nak jadi kaki mabuk. Mau ka buat laki ?. Tudia Kedah marii.

2- Badan sixpack. Ya Allah. Awat jadi lagu ni. Bukan apa. Laki yang badan sixpack ni sangat seksis dan  nampak woooo !. Menarik dan pandai menjaga badan lah kan. Korang nak ka laki yang perut boroi atau kurus keding ?. Taknak kan ?. Saya pon taknak jugak. Eeeee ! :-S

3- Seumur hidup tak pernah letak 'dai' di rambut. Tau tak dai tu apa ?. Pewarna rambut. Tak kira lah halal ke apa ke. No way. Saya memang tak suka laki yang pakai dai. Kita boleh melambang peribadi diorang kan. Bukan nak kata tapi let see. Bolehkah diorang solat dengan pakai pewarna rambut ?. Tak kan ?. So spekulasi sperti itu boleh diterima lah nohh.

4- Tinggi over 175cm. Hehe. Jangan dok kata apa. Sebab tinggi saya 163cm dan terasa janggal bila ada husband/laki yang sama tinggi macam yoyoO ja kan. Dan feveret shoes adalah wedges dan automatic tinggi menjadi 170cm. Belagak ala model lah konon. HAHA !. Satlagi nampak macam tiang elektrik jalan dengan kredit kad pulak.

5- Berpelajaran. Habis kuat pon penah pegang Master atau Ijazah Sarjana Muda. :D. Hightaste bukan main. Nak melahirkan anak-anak yang genius lah katakan. Sebab saya ni tahap genius tu boleh dikatakan 50% sahaja. Jadi. Emmmm.. emmm.. taktau nak cakap apa lah kan. :D. Akhir kata, Ijazah Sarjana Muda.

6- Bertanggungjawab. Mak saya cakap. Lelaki sekarang susah nak cari yang berkualiti. Maksud dia macam, tak betul-betul bersedia nak jadi suami orang lah kan. Sebab sekarang ni depan mata pon saya boleh tengok laki kikis duit perempuan. Bukan semua lelaki macam ni. Dalam 100% tu boleh dianggarkan dalam 5% ja lelaki yang tak bersungguh kan ?. So. The guys out there please judge yourself before being a husband.

7- Bergaya. Jangan terover bergaya sampai jadi macam SuperMan. Pakai spender dekat luar. Apasal. HEHE !. Jangan marah. Bergaya ala kadar ja.

8- Sayang parents beliau. Okey !. Senang kata kalau kau dingin dengan mak bapak kau. Macam mana aku nak eratkan sillaturrahim dengan diorang?. Lebih kurang macam tu lah kan. Syurga dibawah tapak kaki ibu :D. Nak melangkah ke Syurga, kita perlukan restu dari kedua ibu bapa tau.

9- Tahap miang 1% sahaja. Lelaki memang sekali sekala fedup dengan perangai perempuan yang sikit-sikit nak merajuk. WOOO !. ADA PENGALAMAN KE ?. Tak lah. Benda yang umum kan. So diorang mulalah me'miang'kan diri dengan cari kenalan baru. Tapi isteri tetap di hati.

10- Last dah. Sentiasa menjadi imam ketika menunaikan solat. Alhamdulillah.


HAHA !. Amacam ?. Korang punya ciri-ciri lelaki idaman ape ?. Meh lah share sikit. Tinggalkan link dekat comment box kalau anda berminat untuk menulis entry sebegini rupa. Akhir kata, kalau terkasar bahasa sila maafkan saya.

Assalamualaikum. Maa'ssalamah.


No comments:

Post a Comment