Bumi tak mampu lagi menahan saket.

hari ni hari jumaat selaku penghulu segala hari. aku bersyukur hari ni kita semua umat islam maseh selamat. kita semua mesti tertanya tanya. bila berlakunya kiamat ?. bila tu aku pon taktahu. hanya allah swt sahaja yang tahu. semakin hari aku rasa semakin dekat ajal memanggilku. tapi aku tidak bersedia menghadapi segala hukuman di sana. mungkin maklumat ini dapat memberi iktibar kepada sekiam umat islam.


tanda tanda kiamat hampir dekat

1. sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

    2. keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

    3. penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

    4. perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

    5. berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

    6. membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

    7. orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

    8. turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

    9. fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

    10. perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

    11. anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

    12. kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

    13. dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

    14. masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

    15. ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

    16. akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

    17. al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

    18. amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

    19. darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

    20. penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

    21. akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

    22. ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 



No comments:

Post a Comment