karangan sedih

assalamualaikum !

setiap kali kebahagiaan akan tiba. tetapi sekali sahaja ia pergi. lukanya hati dan meranalah diri. dalam kehidupan kita itulah takdir yang harus kita menerima seadanya walaupun secara terpaksa. 

kadangkala. orang yang kita sangat sangat dan tersangat sayang pergi secara tiba tiba. tanpa dirancang. bukan pergi menghilangkan diri di sekeliling kita, tetapi meninggalkan diri beliau ke alam barzakh.

cuba anda bayangkan. seorang ibu yang telah mencurahkan kasih sayang kepada aku selama 15 tahun telah pergi meninggalkan aku. tetapi beliau bukan pergi meninggalkan aku ke alam barzakh. tetapi aku sebagai seorang anak sangat keliru dengan sikap ibuku yang kini telah berubah. makin membezakan kasih sayang antara kami adek beradek. aku inginkan kasih sayang aku seperti dulu. orang yang tersangat sangat dan sangat dan tersangat aku sayang tu. cuba anda bayangkan. di mana dirimu yang sebenar UMI ku. tetapi aku tahu bahawa dirimu tetap menyayangi aku walau dimana jua.

sekali lagi. cuba anda bayangkan seorang lelaki yang tersangat baik bagi aku. telah pergi meninggalkan aku. bukan boyfriend bukan ayah. tetapi bapa saudaraku atau lebih senang dipanggil PAKCIK. beliau lah yang tersangat aku sayang. pada tanggal 15/12/2010 beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 

13/12/2010. berdebar hatiku untuk menjawab panggilan telefon daripada opah ku (ibu mertua pakcik). mengapa ?. aku terus menjawab dengan rasa runsing ya amat. 

OPAH : hello. assalamualaikum.
 AKU : hello. waalaikumsalam. 
OPAH : ainun. betul ke pakcik excident teruk katenye. pejabat telefon. betol ke ainun ?. (loghat PERAK)
AKU : haaaaaaaa !. ainun taktau la opah. sat cakap dengan maktok (ibu kandung PAKCIK)
..................................................................................................................................................................................................................................

MAKTOK : yaa. hello. nape nik (opah).
OPAH : ha norma (maktok). betul ke amy (pakcik) excident teruk katenye. pejabat telefon. betol ke ?
MAKTOK : ya allah. saya taktau la nik. saya dok tunggu dia balik kerja la ni.
OPAH : dia ade dekat hospital ni. malam ni kami bertolak balik ye norma. 
MAKTOK : ya ya. terima kasih nik (sambil muka pucat lesi)


aku dapat merasakan ada yang tak kena dengan pakcik aku. aku segera masuk ke dalam rumah. sambil umi ku sedang menyebarkan berita tersebut kepada semua kakak dan adik nya. aku terus menukar baju menyarung sahaja baju yang ada. selepas itu, datanglah paktih (abang pakcik) sambil berkata "mai naik lekas !!". aku terus naik sahaja. 

tiba sahaja di hospital, pakcik aku duduk dalam zon merah. semua keluarga sedang risau lalu menangis. tepat pukul 7.00 malam semua keluarga isteri beliau sampai di hospital. paktih aku cakap pakcik sedang dalam keadaan kritikal. kaki sebelah kanan ka kiri taktau terkoyak. aku lupa. sejak tu. telinga aku selalu sangat bengang. aku dapat merasakan nyawa pakcik aku tidak panjang. sebaknya di dada aku memikirkan tentang itu. aku segera berdoa agar beliau panjang umur. 

14/12/2011 pakcik aku dihantar ke dalam wad ICU. ramai mengatakan beliau hanya tinggal 50/50 sahaja nak hidup. ya allah !. tak dapat aku bayangkan perasaan aku yang sedih ya amat. walau sedih bagaimanapun. aku tidak akan menitiskan air mata. aku masih lagi mengharap. 

tiba lah giliran aku untuk menziarahi pakcik aku. aku memegang sekeping kad. ia bertujuan bahawa kita sudah mendapat kebenaran pengawal untuk memasuki zon ICU. sambil melangkah. diriku tetap merasakan sebak ya amat. tiba sahaja di katil pakcikku. automatik mataku berair. bergenang air mata melihat pakcik. betapa teruknya beliau. kaki nya sebelah tiada. muka nya bengkak. beliau bernafas seperti lembu yang baru sudah disembelih. ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa sedihnya melihat keadaan pakcik. 

15/12/2011. tepat pukul 2.00 pagi. pihak hospital menelefon. depa suruh family pakcik pergi di hospital. tanpa sebab. aku berdebar. terus mataku yang mengantuk terbeliak tanda terkejut. 

tepat pukul 4.54 pagi. telefon rumah berdering. umi ku segera menjawab. aku  dan paktih menunggu sahaja khabar berita di ruang tamu. tiba tiba suara umi ku menangis teresak esak sambil mendekati paktih dan berkata "Hakim... Amy meninggal." mataku sudah berair. aku terus lari di luar rumah. pergi dekat paip air. terus basuh muka. aku takmau nanges. takmau. 

pukul 8 pagi. semua orang bersiap sedia. mengemas rumah. pukul 10 pagi. tetamu sudah berkerumun di rumah. pdat rumah kami walaupun dua tingkat. betapa baiknya jasa pakcik sehingga kawan kawan sekerja, guru guru sekolah beliau dahulu, kawan kawan sekolah lama dan ramai lagi datang semata mata ingin melihat jenazah bersemadi. 

pukul 12 tengahari. jenazah pakcik sudah tiba di rumah. ramai orang berebut ingin mengucup dahi beliau. aku melihat keadaan itu merasa sedih dengan pemergian beliau. sampai sekarang aku masih teringatkan gelak ketawa beliau. kerenah beliau dan jasa beliau. TERIMA KASIH PAKCIK. :)

arwah dan isteri beliau


the moral of story :-
hargailah orang yang masih hidup. walau bagaimana terok sekali pon perangai mereka. hargailah mereka. :)

TENGS VIEW

No comments:

Post a Comment