episod (...US)

akhirnya aku sudah kembali dengan senyuman yang tak seberapa senyum. :-|.




agak seksa nak terangkan kenapa aku tak update belog setelah sekian lama ditinggalkan. wahh !!. segala macam perasaan bercampur baur. SAKET HATI, SAKET JIWA, SAKET BUAH PINGGANG, SAKET JANTUNG dan macam-macam organ aku saket. dalam erti kata lain. AKU TENSION. takdak mood nak update. sori teman-teman. (stop membebel). FINE !!


now. aku tengah menahan seksa. nak siapkan kerja kursUS. tiba-tiba. microsoft word dah menjadi microhard word. tak boleh bukak pasai apa aku taktau. ni yang membuatkan aku seksa nih. AGAK SEKSA !!. esok isnin. chekgu shobihah nak tengok kerja kursus sejarah dia. fuhh !!. nampaknya aku kena lakukan jenayah lagi sekali. MUHONG SUNAT !!. alamak. habis la nak tanggong dosa.


tuh pasai kerja kursus. ni pulak pasai nak kurUS. agak seksa la nak kurus kan?. kena control makan. wahh !!. kawan-kawan aku cakap. badan aku dah ok. standard. mantap !!. tapi bagi aku. GEMOK.... nak tau pasai pa?. baju kesayangan aku. dah menjadi agak ketat. tak lah ketat sangat. agak agak ketat lah. menyebabkan aku agak seksa menahan saket hati. awat aku makan banyak taktau sekarang nih?. oppsss. lupa. aku tension. haruslahh makan banyak-banyak. gemok aku tanggung sendiri. tapi !!. pinggan mangkuk mak aku yang basoh dan mak aku yang tanggung. elokk punya anak dara. penyegan pahit !!.


tuh pasal nak kurus. sekarang pasal fulUS. aku akui aku seorang yang boros. duet aku sentiasa akan habes dengan baju-baju yang dijual di CITY PLAZA. kadang-kadang rasa macam nak borong satu kedai SIS dekat tepi POPULAR tuh. kadang-kadang aku saket hati dengan perangai aku yang tak habes-habes nak habeskan duet. mak aku bagi suroh makan. pi belanja kot lain. haaa !!. lagi satu. duet aku sentiasa habes dengan topup. nak cerita sikit pasai ayah aku [bergosip sat]..


(kejadian berlaku tadi dalam pukoi 3 petang.)

si anak : bapak, bapak baek kan?
si bapa : dia la hang. ada la tuh nak apa-apa
si anak : hehe. bapak memang baek. bapak belanja topup sat. nak meses balak. rindu dia nih
si bapa : hang nih. aku hantaq pi sekolah suroh belajaq. dok gatai-gatai apa taktau................ bla bla bla. [ada dalam 10 minit ayah aku beletiaq]... nah hang ambek 3 ringget. esok duet sekolah takdak
si anak : ok. tak makan takpa. bapak memang baek. :D


aku cerita nih bukan apa. tengok. kaseh sayang ayah aku. walaupon beletiaq dia tetap bagi jugak. pasai duet sekolah takdak tuh. muhong la !!. ayah aku mesti bagi jugak. wajib tiap-tiap hari 5 hengget. tu ayah aku. kalau aku mintak kat mak aku. mau tnggu 2 jam. baru dapat duet. dia beletiaq sunggoh. ak pon tak paham dia kata apa. takpa-takpa. tu lah cara depa curahkan kaseh sayang depa. JANGAN DERHAKA SAMA IBU BAPA MU YEA TEMAN.........


dah habeh cerita pasai fulus. sekarang aku dah tak larat nak tulis dah. tangan aku dah jadi parkinson. soo. lebih baek aku berambUS !!!.

hehe. thanks for reading my lovely followers.

No comments:

Post a Comment