Tips : 2 petua merawat kulit 'burn'

Assalamualaikum. Baru baru ni kan saya terlebih aktif pulak. Tiba-tiba nak jadik sport women. Perghhh ! Atlet lah konon. At last, hitam melegam. Orang kedah cakap Pungkok Belanga. Okey fine. Terima seadanya.


Mula-mula saya ambil inisiatif untuk pakai cream lah konon. Okey try lah pakai. Lepas je pakai sehari kulit terus jadi lagi hitam. Okey meh nak buat eksperimen sikit.

Kulit yang burn akan terkandungnya minyak dan bila dicampur dengan cream or bahan chemical lagilah berminyak. Dah tu terkena cahaya matahari. Itulah makanan dia. Korang cuba bayang. Nak padam api tapi tuang minyak tanah. Mau tak merebak api tu. Sohehh bomba tu tak pandai handle.

Okey kesimpulannya, kalau pakai cream. Automatically, muka lagi rosak. Sebab muka dah burn tapi mudaratkan lagi. Tak sayang diri betul. Dah lepas tu. Mulalah nak insaf. Taknak pakai dah cream.



1- Telur. Saya dah banyak kali buat homemade skin treatment pakai telur ayam ni. Memang berkesan dan kulit muka jadi tak kering sangat, tak berminyak sangat. Kira bersesuaian dengan iklim dekat Malaysia ni. Perlu ingat jangan pulak nak pakai kuning telur. Just pakai putih telur dan sapukan ke muka sehingga kering. jangan senyum waktu proses pengeringan. nanti tua jangan nangis.





2- Ubi kentang. Okey. Memang agak pelik. Kentang biasanya orang guna buat mashed potato,fries dan gulai daging. KFC penuh. Wahh, sempat lagi. Tapi apehal pulak nak letak dekat muka. Meroyan ke ?. :)

Hiriskan kentang ni nipis-nipis. Buatlah expression muka yang hodoh sikit waktu menghiris biar ada feel. Lepastu gosok dekat muka selama 10 minit. Sebelah kanan 5 minit sebelah kiri 5 minit. Silih berganti. Dah tu keringkan. Dan basuh muka. Tanpa pencuci.


Amacam ?. Senang je. Bajet pon tak lari kalau nak cantik cara senang. Cubalah. Kalau dah cuba. Cekomen :)

Selamat mencuba. Assalamualaikum.


Game pilihan : Zombie Inc

Assalamualaikum semua. Dah lama tak buat entry game pilihan kan ?. Actually dulu game ini. Sekarang game baru pulak.

Apa salahnya kalau sambil dok usha blog orang, sambil main game kan ?. Okey jom tengok teaser,parody,pics, emmm....



Dah habis loading je. Dekat screen Pc korang akan keluorr menatang ni. Lepas tu tekan NEW GAME.


Dah tekan. Korang pilihlah yang mane korang nak ?. Kalau raso den terooo den pilih lahhh hot HARD tu. Teman pilih hot Easy jooo. Kantoi tak terer.




Dah tu keluorr menatang di atas ni. Korang tekan je dekat balang yang ade zombiee terapung tuu. Dan terus keluorr tag yang macam di atas. Yang ni proses nak beli zombie. Ape lagi. Kaloo den raso denn tu kaya. Denn beli lah 10 ekor zombi.


Lepas korang kena lah cari pekerja. Tekan button HIRE THE EMPLOYEE dekat atas sebelah kanan tu.


Dah tu korang pilih je negara mana yang korang nak serang. Tekan yang diluluskan sahaja. Contohnya macam dekat atas. Actually saya dah pass level tuu sebab tu negara itu berwarna merah.

Selepas je korang tekan tu dia akan keluar bangunan comel. Tekan je yang ade. 

Lepas tu tekan ATTACKK. Nak pi serang nii...

Yeahhh !. Go gooo !!

Kalo naseb korang tak baik. Inilah jadi nya. Matilah kau zombaa zombii. Tapi jangan korang risau sebab boleh dibeli lagi zombi-2 semua ni. Macam yang tadi saya ajaqqq hampa semua. Tekan button ZOMBIES tekan balangs dan beli ja.

ni bahagian nak serang hendap.

ni bahagian nak beli zomba zombi..

ni bahagian nak dapat untung..

ni bahagian nak bajet hensem. nak upgrade kedai lahh konon.

Sebenarnya game ni motifnya adalah nak ternak zombi banyak-banyak, nak bajet ala ala army, nak atur perjalanan bisnes, nak jadik mafia pegi serang negara orang dan lawakk. Jom main ramai-ramai.

Wanna play the game ? : CLICK HERE




Kejohanan Olahraga Kali Ke-31 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Assalamualaikum semua. Dah lama saya tak update kot. Rindu blog. Busy !!!

Nak dipendekkan cerita. Kejohanan Olahraga ni memang wajib ada setiap tahun dekat semua sekolah. Kalau takda memang boleh gila geng-geng atlet sekolah. Baru baru ni 27 Jun 2012 sekolah saya dah selesai mengadakan kejohanan ni. Tapi harini baru nak update. Sokayy. Meh nak story. Upacara dimulakan dengan perbarisan unit beruniform, geng geng bawak bendera warna warni dan kontinjen rumah sukan iaitu Seroja (Biru), Mawar (Merah), Kenanga (Kuning) dan Cempaka (Hijau).

Geng-geng perbarisan:-


Unit unifrom. Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Kadet Bomba, Kadet Polis dan St.John. Renjer Puteri takda pulak gambar depa.


Focus sat dekat geng-geng kadet polis. Ada bulatan tak dekat sorang budak comey ?. Tu lah SAYA !!!. HAHA !. Tengok geng geng kontinjen pulak. Model cun nak mampos. Especially SEROJA !!.


Lepas je habis perbarisan. Mulalah acara padang. Not to forget saya ni ahli rumah Seroja. Biru katakan. Semuanya pic Biru je. Muka para atlet Seroja.


Selesai sudah acara padang. Mulalah sakit perot tunggu keputusan. Siapa menang siapa kalah kan ?. Dah ternyata Seroja sekadar dapat naib johan je. Takpa tahun depan ada lagi. Last pic.


Dah habis baca ?. Tutup cerita. Naib johan pon naib lahh. Janji ada kedudukan. GO GO SHARIFAH. Dah baca jangan lupa pollow. Gerenti story lagi best akan muncul kalau korang semua follow. Assalamualaikum.