The memory of Perkhemahan Perdana at SMK Tun Sharifah Rodziah

Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama nak update pasal perkhemahan ni. Tapi gambar tak upload lagi :). Ni pon ambek dari my teacher. Sorry teacher.

Perkhemahan Perdana ni was held on 24-26 May 2012. Dah 2 3 hari yang lepas lah kan. :). Okey tengok gambar tengok caption.


Waktu ni time sesi pendaftaran peserta. Crowded nak mampos. Tapi best ahh. Rasa macam nak daftar masok universiti pon ada. HEHE !. Semua yang geng-geng duduk tu geng Puteri Islam. Depa lah yang jadi macam geng pengatur program lebih kurang ketua komanden lah kan.


Lepas selesai time pendaftaran. Ape lagi kalau bukan beratur macam budak tadika. Tapi kami semua dah besor-besor. Pandai pandai kau lah beratur berdisiplin :). Kami geng kadet polis.

Ni time taklimat. Ustazah Nadzriah yang pakai baju kurung kaler merah. Cikgu Khatijah pakai baju kurung purple flowered dan Teacher Jasmidar yang pakai blaus stripe :). Waktu ni saya tersengguk-sengguk jugak lah. Mengantok hoii balik sekolah pukul 12.30 tengahari (diberi pelepasan oleh PK) terus packing. Taktau nak bawak apa sebenarnya. 


Selepas taklimat dari cikgu, kakak fesi pulak ambil alih. Ajar cara nak pasang khemah. Wahai kakak, saya dah 4 kali dah pi perkhemahan takpayah ajar lah. Tapi takpa ilmu jangan ditolak.

Ehem !. Kami ni geng kadet polis. Sentiasa berdisiplin. So, kami ni sebelum nak pasang khemah leader kami (yang angkat tangan tunjuk ketiak dekat orang) suruh buat line. HEHE !. Padahal aku yang cadang. Yelah. Geng tudung Arini tu budak form 2. Kami sebagai yang tua ni kena tunjuk contoh yang terbaik :). Semua orang dok tengah kalut pasang khemah. Kami dan lagi beratur. Asemenn !

Dah lepas pasang khemah automatic dahaga. Serious :D. Saya yang pakai tudung blueblack. Yang huduh tu. Tengah makan syiok-syiok teacher mai snap. Tengah prepare buat peace sebenarnya. HEHE


Ni time nak bahagi kumpulan. Cikgu dengan kakak-2 fesi bekerjasama :) 

Time ice-breaking. 

Time merentas halangan. Yang ni waktu hari kedua. Semua muka semangat dan hodoh !

Malam kebudayaan :). Dan malam makan besar.


Aktiviti senam seni waktu hari last :) 

Cikgu Azizan buat ucapan perasmian :). Kami semua tak sabar nak balik. Elokk !

Leader. Kadet polis menang platun terbaik :)

Assalamualaikum. Kami nak balik dah :)


p/s : Perkhemahan Perdanan ni memang best :). Thanks reading. Assalamualaikum.



Resepi : Homemade Chicken Chop (own recipe)

Assalamualaikum semua. Memandangkan esok birthday sepupu. Saje lah teringat dekat korang semua. Nak berkongsi resepi. Saya ni suka masak. So cuti-cuti sekolah sekarang ni. Ape lagi asyik nak memasak. Homework tolak tepi kejap. 

Sesetengah orang dia suka makan makanan yang handmade tau. Dia taksuka beli yang readymade. Ingat baju ke nak makan ?. Depa lebih puas makan makanan yang dibuat sendiri. Yelah kita taktau macam mana diorang proses makanan tu. Lebih baek anda semua belajar buat Chicken Chop versi sendiri. Takmau cakap banyak dah. Saksikanlahhh ~~~






Bahan-bahan untuk 3 orang makan :)



SERBUK ROTI
- Beberapa keping roti gardenia

Cara-cara
1- Bakar kepingan roti tersebut dalam oven pada suhu 150C sehingga ia keras.
2- Setelah dibakar, kisar dalam blender kering atau tumbuk halus.


AYAM
- 3 keping ayam bahagian dada (cari dekat Ayamas)
- Serbuk roti
- 2 biji telur
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kepingan ayam dalam tepung gandum.
2- Salutkan lagi dalam telur.
3- Akhir sekali, salutkan dalam serbuk roti.
4- Goreng dalam minyak yang penuh.


SOS/KUAH
- 1 mangkuk air
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 kiub pati ayam (jenama knorr)
- 1/4 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos tiram
- 1 sudu besar lada sulah / lada hitam
- Sedikit kicap
- 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh.
- Mixed vegetables atau cendawan


Cara-cara
1- Rebus bawang dengan air.
2- Masukkan kuib pati ayam.
3- Biar mendidih.
4- Masukkan sos tiram,sos tomato, lada sulah dan kicap.
5- Kacau sehingga sebati dan mendidih.
6- Masukkan air bancuhan tepung gandum (tujuan untuk pekatkan kuah)
7- Kacau kuah berterusan sehingga pekat.
8- Masukkan mixed vegetables atau cendawan.
9- Kacau sebentar dan done !!.


POTATO WEDGES
- 3 biji kentang (dibuang kulit dan dipotong bentuk wedges)
- 2 sudu besar serbuk cili
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kentang dalam serbuk cili kemudian tepung gandum.
2- Goreng dalam minyak penuh.


Resepi ni saya belajar dari family. Sesiapa yang teringin nak makan puas-puas chicken chop. Try buat sendiri. Sekali makan sampai 3 keping tau :D. HEHEHEHE !. Selamat mencuba.


Tips : Urus waktu belajar cara saya :)

Assalamualaikum. How's ?. Did you feel good ?. Haha. Maen speaking pulak. Okey harini terbuka hati nak share rahsia pelajar cemerlang macam saya ni. AHAHAHHAHAH !. Tangan di dada mata ke atas. Hah !. Kepada siapa yang minat bola kan. Harini perlawanan Kelate dengan Sime Darby. Siapa menang agak-agaknya ?. Tunggu ja.

Entry ni ikhlas saya buat untuk anda yang masih keliru atau masih buntu nak focus waktu belajar macam mane. Betul tak. Macam saya dulu ahh !. Rilekss baii.

Sekian lama saya nak mencuba jadi seorang pelajar cemerlang. Alhamdulillah tercapai lah jugak buat masa sekarang. Tapi taklah sampai tahap best student dekat sekolah. Saya amalkan petua-petua ni je la. Nak ke taknak ?.


1. Belajar dengan pensel/pen. Which is mean, semasa cikgu sedang bercakap-cakap depan kelas. Korang wajib sediakan satu buku kecik tak kecik lah lebih kurang macam buku diari korang. Sesuai untuk conteng-conteng merata-rata lah kan. Asal dengar je cikgu cakap korang tiru gaya Mr.Bean jawab periksa sambil terjelan lidah kan. Tulis je ape yang cikgu cakap. Setiap perkataan yang keluar dari mulut guru ni sangat-sangatlah berguna dan penting dalam hidup.

2. Masa. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang kita kena pandai mengatur masa. Okey. Contohnya, saya waktu pagi time belajar. Petang , kawad @ latihan rumah sukan dan malam ape lagi kalau bukan tidur. HEHHE !. Petuanya adalah : Set your mind whether masa terluang anda tu patut diisikan dengan tidur atau study. Saya selalunya suka curi baca-baca buku tepi jalan waktu tengah tunggu parents mai ambil dekat sekolah. Cuba korang semua bijak menggunakan masa terluang dan cubalah untuk tidak malas.

Waktu yang sesuai untuk menambah ilmu
Tunggu parents dekat bus stop
Waktu cikgu relief
Sementara menunggu cikgu masuk kelas
Waktu berjalan ke kantin
Waktu berpeluang ke perpustakaan
Waktu berjalan nak pergi koperasi
Selepas bersolat
Waktu 1/3 malam

3. Homework. Dah nama pon student mestilah kena siapkan homework kalau tak takpayah pegi sekolah kan. 


Trick nak skip homework

Korang semua perlu peka dengan jadual waktu kelas korang. Saya selalunya skip homework time macam ni :-
Perhatikan yang highlight merah tu :). Contoh lah, hari Ahad ade homeowork BM dengan AddMath lepastu usha lah sikit time table hari Isnin pulak. Kalau takde inilah peluang korang untuk skip homework. Bukannya susah. Tapi sesetengah mesti tanya. Kalau :-
That's why lah korang semua kena pandai bajet masa. Gunakan masa yang terluang yang paling senang ambil waktu satu pertiga malam. 


4. Amalan. Semua pelajar cemerlang memang selalu buat.

a) Makanan : Hindarkan makanan yang pedas, organ dalaman binatang, air gas, makanan yang diproses sejuk beku macam nugget dan lain-lain dan makanan syubhah.
b) Sunnah : 7 biji kismis hitam/kuning dengan susu segelas, puasa sunat, solat sunat tahajjud, baca Al-Quran, baca Yassin setiap malam jumaatberzikir dan solat lima waktu.


5. Nota. Cara paling elektif nak sediakan nota ringkas ialah buat peta minda. Gemarkan tangan anda untuk menulis dashh atau dot banyak-banyak. Bukan nak katalah kan. Betul tak kalau korang bukak buku teks rasa macam boringggggggggg sangat. Panjang berjela. Tambahan pulak Sejarah kan ?. Aduhhh !. Sangat sakit hati bila baca bukan faham sangat pon. 

Langkah-langkah menyediakan nota ringkas
a) Sediakan beberapa helai kertas A4 dan pen warna warni serta hightlighter
b) Buka buku teks dan cari bab yang korang tak faham
c) Baca sepintas lalu
d) Tulis tajuk di tengah-tengah kertas A4 
e) Baca satu demi satu ayat yang PENTING SAHAJA !!
f) Salin sahaja 

Contoh :

Pastikan nota yang anda sediakan tu dijamin akan menarik perhatian kawan-kawan dan diri sendiri untuk sentiasa di tatap :)

6. Latihan. Yang ni personal idea lah kan. Kalau korang nak guna okey je. Pernah tak rase macam korang punye mase nak study untuk exam tu terlalu last minute ?. Pernah kan ?. Okey. 

Saya gunakan cara yang senang je. Beli satu buah buku latihan yang jual dekat Popular atau kat mane-mane kedai buku lah kan. And then tarik jawapan yang disediakan. Korang salin jawapan semuanya dekat tempat kosong yang perlu diisikan tuh. At last, korang semua buat macam jawapan yang telah disalinkan tuh sebagai nota last minute. Dan ianya sangat berbaloi. Sesetengah orang cakap. Ehh ! Kau beli untuk test mind tapi asal salin jawapan. Haiyaa !. Eh !. Inilah cara nak urus waktu dan nak jimat waktu. Kalau nak belajar duit jangan berkira okey. Tak berkat.

7. Gadget diharamkan. Bukannya diharamkan terus. Tapi cubalah melatih diri untuk kurangkan bermain dengan gadget. Okey saya pun kadang-kadang sampai tetiap hari main facebook. Sebab taktau nak buat ape. Nak study ?. Dah study dah. Nak tidur ?. Takut gemok. AHAH !. Nak buat homework. Semuanya dah. Jadi tak salah kalau nak main gadget asalkan ada batasnya :)


Own idea and tips. Kalau rasa ianya berguna. Bolehlah ikut jejak :). Assalamualaikum.