persediaan untuk candidates :).

hari ni rasa macam nak share dengan hangpa semua bab bab solat hajat ni. sekarang baru nak kalot nak tunaikan kewajipan. sebelom ni hampehh. adat manusia la kan. bila susah baru nak ingat kepadaNya. dah senang lupa habeh. sedar sedar lah diri. sambil menulis ni aku selalu ingatkan diri aku. supaya mengingatiNya. tapi yang tak syiok. apasal aku tak bertudung ?. jujor oke :). 

oke. firstly. cara nak tunaikan solat sunat hajat. the simplest way is :-

niat



rakaat pertama dengan membaca al fatihah dan ayat kursi sebanyak 1 kali.




rakaat kedua dengan membaca al fatihah dan 3 kali surah al ikhlas.






setelah selesai sahaja memberi salam. jangan lah anda menyapu kepala anda. anda terus sujud dan meminta apa yang anda hajati.

sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. segala apa yang kita minta akan dimakbulkanNya jika kita memintan dengan hati yang ikhlas. perubahan amat digalakkan. 

TIPS :
selalu menyebut ALHAMDULILLAH kerana ia adalah kunci utama kejayaan. ia menggambarkan rasa kesyukuran.

terima kasih :)






semakin dekat semakin gentar.

semua dah tau kan aku ni pmr candidates. so harini aku baru nak tergedik gedik ambek tau pasal berapa hari lagi nak pmr. tengok lah 


 mai cekk bagi besaq sikit.


aduhh. nak terkentut terketaq semua ada. lagi lapan belas hari. mak aiii. last minute baru nak struggle ainun. memang hang gila betoi.by the way, semalam ada la seorang makhluk allah yang bagi nasihat dan semangat dekat aku. aku anggap dia macam family aku ja. ni dia

ada lagi :)






masehh noh ABG FAT oii. bagi semangat dekat cekk. alhamdulillah ada jugak orang support aku kan ?. beruntung lah jugak. insyaallah kalau aku dapat berhijrah sambil belajar dekat dunia orang. aku akan tinggalkan blog ni buat sementara, yelahh. nak belajaq. esok esok berjaya aku takkan lupa sapa yang support aku selama ni especially mak ayah aku :). dan jugak followers aku even tak banyak mana pon. takpa tak kesah. blog aku tak popular pon takpa. janji followers yang aku sayang tu selalu stalk blog aku. masehh nohh.  lagi satu. ada seorang mangkok hayun yang selalu bagi aku tergelak sorang sorang dekat depan pc. nak tau sapa ?.


sorry nah mangkuk aku dedahkan identiti hang. hahahahahha !

lastly i hope semua readers akan doakan aku untuk menghadapi peperiksaan pmr dengan mudah. aminnn !

terima kasih :)

Jerawat oh jerawat.

hai. apa yang aku nak share hari ini ialah. petua atau tips nak kecutkan jerawat hangpa yang dok tengah membesaq tu. haha. mai sini hangpa dengaq aku nak cakap. 

fakta mengatakan seorang perempuan atau gadis akan menjadi matang apabila berlakunya haid dan tumbuhnya jerawat di muka. dalam masa yang sama. mestilah kita akan tension dengan apa yang terjadi kan ?. untuk kurangkan masalah ini lebih baik anda jangan picit jerawat sebab nanti akan melekat parut di muka dan lagilah hangpa tension oke. lastly buntu dan tak tahu nak buat apa kan ?. so. better you all jangan picit jerawat sampai jerawat tu pecah sendiri dan memicit jerawat juga akan menyebabkan kematian kerana sesetengah jerawat tumbuh di akar saliran darah di bahagian muka. apabila ia sedang mengalir dan anda memicit jerawat. saliran itu akan pecah dan oke. aku tipu. :)

back to the topic. untuk mengecutkan jerawat hangpa semua daripada gedik nak picit. hangpa ambil sedikit COLGATE yang ubat gigi tu. sapukan sedikit sahaja di mata jerawat atau betul betul atas jerawat tu. dan biarkan selama 15 minit. pedih sikit la kan. dan basuh. untuk sesiapa yang nak cuba pada waktu sebelum tidur pon boleh. tapi kalau colgate tu masuk dalam lobang hidung hangpa. jangan dok mai cari aku na. lagi satu. untuk kecutkan jerawat. hangpa ambil segenggam beras pulut. basuh sehingga bersih dan goreng tanpa minyak. jangan goreng sampai hangit pulak. lepas tu blender sampai jadi serbuk. lastly bancuh dengan air suam dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit dan sapukan ke muka. wahhhh !. memang best la kan. macam pergi spa. :).

good luck :). assalamualaikum !