Mojo suara kau macam Awieeehhhh !








Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz1xKhML5Dv

Memori sekolah rendah. Admire.

Assalamualaikum semua. Sihat ke ?. Berbekalkan mp3 yang mendendangkan lagu Mojo - Andai ku bercinta lagi. Saya nak bercerita sikit pasal zaman kanak-kanak rebena dulu. HEHE !

Korang masih ingat lagi waktu sekolah rendah korang suka sape ?. Korang pernah admire seseorang. Dan korang punya kawan baik masih berhubung dengan korang sekarang ni.

Dalam kehidupan kita, pastinya ada kenangan pahit dan kenangan manis kan ?. Jadi meh nak luahkan perasaan sekaligus macam nak share lah dengan pembaca semua.

KENANGAN MANIS


1- Waktu darjah 1, cikgu tengok muka saya ja. Cikgu tahu dah saye ni selalu dapat nombor tiga dalam kelas. Top 3 lah konon. Ala ala mentor gitu. Dah tu, bila time Anugerah Cemerlang. Mulalah nak belagak diva. Buat buat malu konon nak ambil hadiah lepastu boleh pulak salam YDP tu dan yang bukan muhrim tu. Naseb lah tak baligh lagi waktu tu. Alahh budak tahu ape ?.


2- Kawan baik sangat-sangat ramai. Dulu time tak tahu ape lagi. Boleh pulak berkawan baik dengan budak lelaki. Semuanya masih tak sedar lagi erti perasaan. Tapi start time darjah 4 saya dah mula main-main perasaan. Arghhh !. Yang manisnya, si 'admire' saya tu boleh pulak main cinta dengan budak kelas sebelah. Adoii !. Sangat sakit hati. Tapi lepastu saya dah fedup terus suka dekat orang lain. Style nak tunjuk perasaan tapi orang tak layan pon. Alahh budak tahu ape ?.


3- Time darjah 6 kan, saya ni dikenali sebagai "Pengawas Perpustakaan Gemok, Tembam dan Comel". Mane marah pon orang panggil macam tu dekat saya kan. Best ape. 'Comel' tu boleh tahan lagi tapi 'Gemok', 'Tembam' tu agak mencabar kesabaran lah jugak. Tapi takpe. Alahh budak tahu ape ?. But, start je masuk tingkatan satu. DIorang still panggil saye macam tu. Tapi kalini "Pengawas Sekolah Gemok, Pulon dan Garang". Heyy !. Aku jadik garang sebab korang langgar peraturan dan aku pulon pon sebab aku memang kena pulon. Kan dah ber-aku-aku-an. Tapi takpe. Form 2 saya dah bertekad nak kunci mulut diorang. Sekarang saya dah langsing until noww.. Senyum sikit makcik. :D


4- Time darjah 4 kan, saya first time masok perkhemahan. Sekali dekat sekolah dan kali kedua dekat sekolah Bahiyah. Sangat best lah sebab cabaran hidup yang ala ala orang dah kahwin kena tinggal parents dekat rumah. Malam first tidur dekat sekolah tu kan. Kami satu geng dalam khemah yang sama boleh dok buat drama. Menangis sebab rindu mak dengan ayah. Tengok ?. Alahh budak tahu ape ?


5- Dulu saya ada best friend yang sangat saya sayang. Name dia Juliana. Dia baik sangat. Serious. Dulu dalam kelas kami berpakat nak buat bisnes. Kami buat bisnes jual lukisan karton. Satu karton RM1. Yang bestnya, ade jugak yang beli walaupun bagi saya memang kalah dengan Cikgu Fauzi. Alahh budak tahu ape ?.

KENANGAN PAHIT


Kenangan pahit tak banyak sangat tapi ada lah dalam satu dua. Nak tahu ke ?. Alahh. Takpayah la.

1- Dari dulu sampai sekarang saya still ingat tragedi yang memalukan dan agak 18sx lah sebab...... sebab... sebab saya kejar budak lelaki yang buat bising dalam perpustakaan tu. Lagi dikejar lagi jauh. Rase macam kejar anjing je. Lari laju bukan main. At last, gedebuk. Buah nangka jatuh bergolek. Tersembam dan.... dan... err.. malu lah... kain sekolah terselak dahtu cepat-cepat saya cover. Sangat memalukan. Naseblah waktu tu dah pandai pakai seluar fit. :P. So tak nampak pon benda-benda yang tak diingini. Bersyukur jugak ahh. Lepas je bunyi loceng, saya terus naik kelas lepastu nangis dekat kawan sebelah. Kain aku terselakk. Waaaa !. Malunya.

2- Dulu saya ambil kelas J-Qaf tau. lebih kurang macam KAFA lah. Yang belajar hukum-hukum mad arid lissukun lah macam-macam lah. Saya budak baru sebenarnya. Baru join diorang dalam 2 hari. Hari yang ke-3 tu tragedi yang mengerikan telah berlaku. Agaknya saya ni dilahirkan untuk mengejar orang kot. Saya kejar sorang budak lelaki ni. Dekat tengah-tengah padang sekolah. Dan cuaca waktu tu agak okey tetapi keadaan tanah yang lembap dan berlumpur. Okey. Dah dapat dah budak tu. Ishhh !. Tetapi, saya pulak terjatuh. Habis baju kotor. Bau lumpur yang uwekkkk !. Terpaksa lah mandi sorang sorang dekat paip dekat dengan pondok pakcik guard. Tunggu sampai parents mai ambek. At last, kena gelak. Nak simpati okey ?. Last sekali, tekad taknak dah pi J-Qaf. Malu punya pasal.



saya yang line kedua. empat dari kiri budak yang pakai tudung :D

Hahhh !. Amacam ? Style tak kenangan-kenangan yang saya share. Suka perasan kan ?. Dahh !. Korang meh lah share sikit kenangan ape yang korang pernah lalui waktu sekolah rendah dulu. Rase macam sweet je bila teringatkan zaman sekolah rendah. Yelah waktu tu mak tolong sikatkan rambut, mak tolong lipatkan tudung mak yang tolong ironkan baju dan mak lah yang cium pipi kita pepagi dan juga mak lah yang tolong pin-kan kasut jenama Bata yang ada magnet tu. Waaa !. Bestnya. Tapi sekarang ni semua kena buat sendiri. Dah nak jadi bini orang dah rajin lah sikit. Mak saya cakap. Tak dilupakan ayah saya yang sentiasa setia hantar saya ke sekolah dan sanggup bawak saya sampai ke kelas. Lepastu, kawan-kawan semua usha pelik sebab mak ayah diorang tak buat macamtu pon. Koo jeles cakap ahh. HEHE !

Assalamualaikum. :). Maa'ssalamah.


Bermulalah rutin harian untuk hari persekolahan.

Assalamualaikum semua. Haih !. Lagi 2 hari nak bukak dah sekolah kan ?. Cepatnya masa berlalu. Nak tak nak kena terima hakikat. Kena struggle kalah orang ambek SPM lah untuk siapkan homework ala bagai. Usaha tangga kejayaan. Man Jadda Wa Jada.

Rutin harian selepas cuti sekolah ni agak padat sebab Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kota Setar dah nak bermula. Dan saya duduk line depan sekali. Okey ?. Depan sekali dan first time pi lawan okey. First time okey. Takut ter-ber-laku kesilapan especially waktu nak belok-belok kena bukak lang kah besar macam langkah longkang. Doakan saya dan kami semua untuk memegang piala :D

Selain tu, result pertengahan tahun dah nak keluar. Of course lah kan lepas bukak sekolah ni wajib dengar cikgu-cikgu kesayangan berleter mengomel dan melatah dan ada jugak bad mood secara tiba-tiba dan tak dilupakan ada yang menangis kecewa dengan result student. Cikgu, kami akan berusaha bersungguh-sungguh. YEYEAHH !.

Sebelum ushar tekan link-link tersebut kalau nak jadi blogger awesome.






Okey meh tengok schedule saya :)


Hari Ada Latihan Kawad

Ahad sampai Selasa

5.30 pagi : Bangun

6.00 pagi : Solat Subuh

6.15 pagi : Bersiap
6.30 pagi : Breakfast
7.00 pagi : Bertolak
7.30 pagi : Study with teacher
2.30 ptg : Solat Zohor
3.00 ptg : Book worm time
3.15 ptg : Balik rumah
4.00 ptg : Bertolak ke sekolah
4.15 ptg : Book worm time
4.30 ptg : Kawad
4.40 ptg : Solat Asar dan sambung kawad
6.30 ptg : Balik rumah
7.00 ptg : Mandi dan makan
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Baca Yassin dan tadarus
8.30 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Done the homeworks
12.00 mlm : Go to sleep


Hari Ada Latihan Kawad

Rabu sampai Khamis

5.30 pagi : Bangun

6.00 pagi : Solat Subuh

6.15 pagi : Bersiap
6.30 pagi : Breakfast
7.00 pagi : Bertolak
7.30 pagi : Study with teacher
3.00 ptg : Solat Zohor
3.15 ptg : Balik rumah
4.00 ptg : Bertolak ke sekolah
4.15 ptg : Book worm time
4.30 ptg : Kawad
4.40 ptg : Solat Asar dan sambung kawad
6.30 ptg : Balik rumah
7.00 ptg : Mandi dan makan
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Baca Yassin dan tadarus
8.30 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Done the homeworks
12.00 mlm : Go to sleep


Hari Ada Mesyuarat Guru atau Exams

Bila-bila masa

5.30 pagi : Bangun

6.00 pagi : Solat Subuh

6.15 pagi : Bersiap
6.30 pagi : Breakfast
7.00 pagi : Bertolak
7.30 pagi : Study with teacher
1.10 ptg : Lunch
1.30 ptg : Solat Zohor
2.00 ptg : Book worm time
3.00 ptg : Balik rumah
4.00 ptg : Bertolak dari rumah
4.15 ptg : Book worm time
4.30 ptg : Kawad
4.40 ptg : Solat Asar dan sambung
6.30 ptg : Balik rumah
7.00 ptg : Mandi dan makan
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Baca Yassin dan tadarus
8.30 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Done the homeworks
12.00 mlm : Go to sleep

Hari Cuti

Jumaat sampai Sabtu /School Holiday

6.00 pagi : Solat Subuh

6.15 pagi : Yasin

6.30 pagi : Mandi
7.00 pagi : Breakfast
7.30 pagi : Book worm time
8.00 pagi : Clean your room @ house please !!
9.00 pagi : Cooking time !!
11.00 pagi : Isi perut time
12.00 pagi : Relax @ take a nap
1.00 ptg : Mandi @ Mandi lembu / Basuh badan la !!
1.30 ptg : Solat Zohor
1.45 ptg : Take a nap for 30 min
2.10 ptg : Book worm time
3.00 ptg : Lunch @ High tea
3.15 ptg : Finish the homeworkzz !
4.45 ptg : Solat Asar
5.00 ptg : To be continued homeworkzz !
6.00 ptg : Mandi
6.30 ptg : Dinner time
7.00 ptg : Tengok tv sat
7.30 mlm : Solat Maghrib
8.00 mlm : Baca Yassin dan tadarus
8.30 mlm : Solat Isyak
9.00 mlm : Book worm time
10.00 mlm : Layan movie omputeh TV3
12.00 mlm : Go to sleep 

Haha ! Amacam ?. Padatkan ?. Seriously kena disiplin dengan jadual yang dibuat sendiri. Kalau miss satu time. Saya akan automatic jadi macam orang tak tentu arah aka orang gila. Serious jadi serabut. Macam tak akan tenang. Kalau nak miss certain time tu kena tunggu time bulan perempuan :D. HEHE ! Baru lah free lah sikit. Allah bagi cuti dekat kita kan ?. Kena hargai. Tapi jangan lupa berzikir kepadaNya.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah tak reti susun jadual harian / rutin harian spotted for student high school, jadikanlah schedule yang saya share ni sebagai rujukan. Tapi janganlah ikut sebijik-sebijik sebab lain orang lain cara. Buat jadual harian ni bukan boleh ikut orang, sebab talent someone tu tak sama dengan orang lain. Kadang orang tu dia boleh catch up. Kadang tak kan ?. So.. amacam ?.

Meh share sikit schedule korang dan drop at the comment site :)