Tips : Jinak Memakai Tudung Labuh

Assalamualaikum semua. Harini nak share tips untuk hampa hampa yang teringin nak menjadi wanita solehah. Sekali dengan admin la nak jadi. Tapi tak lah sampai pakai purdah. Baru permulaan. Depa kata pelan pelan kayuh. Okey fine :). " Aku tengah kayuh pelan-pelan la ni ".


Saya ni dekat sekolah ambil jurusan Agama. Nak ambik aliran Sains takut pancit jadi apa lagi sapu la aliran Agama pon. Bukannya nak jadi ustazah tapi nak lebih mengenal tentang sejarah Islam. Serious best. Cuma kerjanya menghafal. Dan saya daripada anti-hafal terus automatic rajin menghafal. Orang tua-tua cakap. Ilmu tu kena hargai :). Takpayah nak berkira kalau nak berjaya. Betul kan ?.

Sebab nak mencuba untuk menjaga imej budak aliran Agama. So. Kena belajar lah tutup aurat sikit-sikit. Kalau beli shawl pon, beli yang jenis pashmina labuh. Kengkadang ter-hover mak datin pakai jojet. Kalaulah saya ada sebijik/sebuah/segundi camera. Boleh lah menayang muka memakai pashmina lah,jojet lah dan macam-macam lah. 

Okey lah. Direct to the tips :-

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .





Wauu !. Pandai hang copy paste :)




Assalamualaikum. Maa'ssalamah.







The memory of Perkhemahan Perdana at SMK Tun Sharifah Rodziah

Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama nak update pasal perkhemahan ni. Tapi gambar tak upload lagi :). Ni pon ambek dari my teacher. Sorry teacher.

Perkhemahan Perdana ni was held on 24-26 May 2012. Dah 2 3 hari yang lepas lah kan. :). Okey tengok gambar tengok caption.


Waktu ni time sesi pendaftaran peserta. Crowded nak mampos. Tapi best ahh. Rasa macam nak daftar masok universiti pon ada. HEHE !. Semua yang geng-geng duduk tu geng Puteri Islam. Depa lah yang jadi macam geng pengatur program lebih kurang ketua komanden lah kan.


Lepas selesai time pendaftaran. Ape lagi kalau bukan beratur macam budak tadika. Tapi kami semua dah besor-besor. Pandai pandai kau lah beratur berdisiplin :). Kami geng kadet polis.

Ni time taklimat. Ustazah Nadzriah yang pakai baju kurung kaler merah. Cikgu Khatijah pakai baju kurung purple flowered dan Teacher Jasmidar yang pakai blaus stripe :). Waktu ni saya tersengguk-sengguk jugak lah. Mengantok hoii balik sekolah pukul 12.30 tengahari (diberi pelepasan oleh PK) terus packing. Taktau nak bawak apa sebenarnya. 


Selepas taklimat dari cikgu, kakak fesi pulak ambil alih. Ajar cara nak pasang khemah. Wahai kakak, saya dah 4 kali dah pi perkhemahan takpayah ajar lah. Tapi takpa ilmu jangan ditolak.

Ehem !. Kami ni geng kadet polis. Sentiasa berdisiplin. So, kami ni sebelum nak pasang khemah leader kami (yang angkat tangan tunjuk ketiak dekat orang) suruh buat line. HEHE !. Padahal aku yang cadang. Yelah. Geng tudung Arini tu budak form 2. Kami sebagai yang tua ni kena tunjuk contoh yang terbaik :). Semua orang dok tengah kalut pasang khemah. Kami dan lagi beratur. Asemenn !

Dah lepas pasang khemah automatic dahaga. Serious :D. Saya yang pakai tudung blueblack. Yang huduh tu. Tengah makan syiok-syiok teacher mai snap. Tengah prepare buat peace sebenarnya. HEHE


Ni time nak bahagi kumpulan. Cikgu dengan kakak-2 fesi bekerjasama :) 

Time ice-breaking. 

Time merentas halangan. Yang ni waktu hari kedua. Semua muka semangat dan hodoh !

Malam kebudayaan :). Dan malam makan besar.


Aktiviti senam seni waktu hari last :) 

Cikgu Azizan buat ucapan perasmian :). Kami semua tak sabar nak balik. Elokk !

Leader. Kadet polis menang platun terbaik :)

Assalamualaikum. Kami nak balik dah :)


p/s : Perkhemahan Perdanan ni memang best :). Thanks reading. Assalamualaikum.



Resepi : Homemade Chicken Chop (own recipe)

Assalamualaikum semua. Memandangkan esok birthday sepupu. Saje lah teringat dekat korang semua. Nak berkongsi resepi. Saya ni suka masak. So cuti-cuti sekolah sekarang ni. Ape lagi asyik nak memasak. Homework tolak tepi kejap. 

Sesetengah orang dia suka makan makanan yang handmade tau. Dia taksuka beli yang readymade. Ingat baju ke nak makan ?. Depa lebih puas makan makanan yang dibuat sendiri. Yelah kita taktau macam mana diorang proses makanan tu. Lebih baek anda semua belajar buat Chicken Chop versi sendiri. Takmau cakap banyak dah. Saksikanlahhh ~~~






Bahan-bahan untuk 3 orang makan :)



SERBUK ROTI
- Beberapa keping roti gardenia

Cara-cara
1- Bakar kepingan roti tersebut dalam oven pada suhu 150C sehingga ia keras.
2- Setelah dibakar, kisar dalam blender kering atau tumbuk halus.


AYAM
- 3 keping ayam bahagian dada (cari dekat Ayamas)
- Serbuk roti
- 2 biji telur
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kepingan ayam dalam tepung gandum.
2- Salutkan lagi dalam telur.
3- Akhir sekali, salutkan dalam serbuk roti.
4- Goreng dalam minyak yang penuh.


SOS/KUAH
- 1 mangkuk air
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 kiub pati ayam (jenama knorr)
- 1/4 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos tiram
- 1 sudu besar lada sulah / lada hitam
- Sedikit kicap
- 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh.
- Mixed vegetables atau cendawan


Cara-cara
1- Rebus bawang dengan air.
2- Masukkan kuib pati ayam.
3- Biar mendidih.
4- Masukkan sos tiram,sos tomato, lada sulah dan kicap.
5- Kacau sehingga sebati dan mendidih.
6- Masukkan air bancuhan tepung gandum (tujuan untuk pekatkan kuah)
7- Kacau kuah berterusan sehingga pekat.
8- Masukkan mixed vegetables atau cendawan.
9- Kacau sebentar dan done !!.


POTATO WEDGES
- 3 biji kentang (dibuang kulit dan dipotong bentuk wedges)
- 2 sudu besar serbuk cili
- Tepung gandum

Cara-cara
1- Salutkan kentang dalam serbuk cili kemudian tepung gandum.
2- Goreng dalam minyak penuh.


Resepi ni saya belajar dari family. Sesiapa yang teringin nak makan puas-puas chicken chop. Try buat sendiri. Sekali makan sampai 3 keping tau :D. HEHEHEHE !. Selamat mencuba.