Tips : How to get flat belly @ Cara dapatkan perut yang langsing.

Assalamualaikum semua. Harini nak share sikit bab-2 kesihatan. Dalam kehidupan seharian kita tak sedar. Kita makan banyak kekadang sampai overload. Betul tak ?. Dah gemok baru nak bising acu domba sana sini :). Harini nak kongsi tips macam mana nak dapatkan perut yang langsing yang macam ni :-


focus dekat badan dan perut dia :)


Nak tak ?. Kalau camtu kita semua kena belajar diet cara orang korea lah. Diorang takde la nak makan benda lemak-2 macam kita ni. Pantang sebut masak lemak cili api confirm habis satu kawah. Betul tak ?

Meh sini nak coret-2 sikit :)


1. Makan makanan yang sihat. Jangan sentuh langsong makanan ringan macam keropok dan air gas. Jangan lupa gantikan gula-gula dan snack dengan buah.

2. Makan banyak makanan yang berunsur protein. Seperti contoh, korang makan wholemeal grain bread. Ada yang jenama Gardenia tu. Tak mahal pon dalam 3 ringgit lebih. Dari korang topup baik jage kesihatan :)

3. Makan dengan saiz hidangan yang kecil. Kalau lapar makan sedikit sahaja. Dan tunggu semula sehingga lapar. That's mean all of you must eat with discipline :)

4. Makan sayuran dalam keadaan mentah. Ia akan mengurangkan kadar enzyme dalam makanan tersebut. Kalau korang masak sayuran tersebut kesegaran dia akan hilang dan vitamin-2 yang terkandung dalam sayur akan berkurang. Sebab tu la kita senang dapat penyakit. If buat sayur letak minyak banyak tak guna jugak kan ?. Saya sarankan makan sayur dalam keadaan mentah. Lagi fresh and fresh adn freshh kan ?


kubis

lobak

bunga kubis

saderi
timun
zukini
daun salad gelap
bawang
pear
tomato
selada air
brokoli
pisang
epal
beri

5. Pastikan jangan makan apa-apa 2 jam sebelum tidur. Kalau korang makan. Ia akan menyebabkan proses pencernaan dan penghadaman anda jadi lembab dan lambat. Oleh itu, korang punya sebab makanan-2 tersebut bertukar jadik lemak. Sebab tu la korang kena kurang makan malam.

6. Minum air mineral bebanyak :). Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

7. Bersenam 30 minit 2 kali seminggu. Kalau korang malas nak jog macam saya !. Korang pasang mp3 duduk dalam bilik gerbangkan rambut dan let's start dance !!. Menari je. Korang akan hilang stress.

8. Lakukan sit up senaman yang baik seperti di bawah :)





Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila search dekat Encik Google :). Assalamualaikum. Terima kasih.

Tips : Kekalkan kulit muka yang mulus dan licin cara saya.

Assalamualaikum chenta hatiku semua :). Sehat walafiat ?. Alhamdulillah. Dengar khabar ada orang cakap saya sombong. Uishhh !. Fitnohhh, HEHE !.

Taknak cakap banyak dah. Saya bagi tips directly. Sebab tulis entry ni pon tengah kalut. So :-

1. Bangun pagi wajib basuh dan cuci muka dengan pencuci.

2. Jangan cuci muka dengan pencuci sebelum syampu rambut atau moustrizing rambut sebab segala kotoran  dekat rambut akan terperangkap dekat muka. Contohnya kelemumur yang dah dicengkam semasa ber-syampu kan. Tidak mencuci muka sebelum ber-syampu.

3. Waktu tidur ikat sanggul tinggi. Jangan biarkan diri anda menjadi Hantu Mak Limah. Menggalakkan pertumbuhan jerawat

4. Jangan terlalu obses dengan krim kecantikan. Sebab zaman sekarang as you know bahan chemical terlalu popular dan selalu dimasukkan dalam produk kecantikan. So jarangkan diri anda memakai foundation.

5. Balik sekolah, kerja atau bersukan. Wajib cuci muka sebab habuk akan terperangkap dekat muka. Kalau biar lama siappp !!. Jerawai toing toing toing.

6. Jangan sentuh muka anda selagi tidak yakin bahawa tangan anda itu bersih. Basuh tangan dengan sabun cap dettol, lifebouy atau sabun yang boleh membasmi kuman lah kan. Jangan pulak guna sabun Harimau Kuat, Daia ke ape ke. Cantik muka, Hilang tangan.

7. Jangan selalu sangat picit jerawat. Nak picit boleh tapi tangan kena bersih.

8. Selalu berwudhuk.

9. Jangan garu muka dengan kuku yang panjang, ade taik kuku dan berkuman sekiranya anda gatal muka. Garulah muka anda dengan sapu tangan yang bersih. Jangan ambil sapu tangan yang berhiaskan hingus.

10. Jangan terlalu aktif berjemur di cahaya matahari.

11. Minum air suam banyak-2

12. Selalu tadah tangan, selawat ke atas nabi, hembus dekat tangan dan sapu muka.

13. Selalu kesat peluh di muka.

14. Jangan tidur sambil tutup muka. Contohnya, tidur dalam kelas dalam keadaan tunduk tutup muka. Ataupun tidur meniarap tutup muka.

15. Selalu menjaga kebersihan dari segi pakaian, keadaan sekeliling, tabiat :)


Sekian. Cubalah :)


Tips : Kuruskan badan cara saya :)

Assalamualaikum. Ana rindu anta/ente sekalian. Afa kabarrr ?. Ayoyo sudah berlagak diva arab pulak kan ?. Disebabkan tak ade koje nak dibuat kan. So saya menaip entry menguap (nama baru) which is mean bored.

Actually, bermula daripada tahun 2012 ni saya ni tak boleh nak kawal dari segi pemakanan. Nampak makanan je terus ngapp. Tak ade kerja lain dah. Dah nak masok ehh dah masok bulan Mei ni nak mulakan azam baru. Sebagai prinsip hidup. Saya akan mulakan daily life without rice aka nasi. Nasi menggemukkan bagi certain people yang elergic dengannya. Nasi tak menggemukkan bagi orang-2 yang sejak azali badan besar lidi. Tapi tak kesah sangat. Saya dalam group A lah. Elergic.

Meh nak ulang tanyang sikit delog (dialog) yang dirakamkan secara daif nya. Memang Kedah piauuu !. Tapi takpe translate Johor :)


KAWAN 1 - Fawaz
Me : Wehhh !. Kau rase aku gemok tak ?
Fawaz : (Usha atas bawah) Tak pon. Biase je.
Me : Serious ?
Fawaz : Yupp !. Tapi kau nampak debab dari tahun lepas.
Me : Nahas kau !. Gemok lah tu.

KAWAN 2 - Mus
Me : Hai Mus :) (senyum mintak simpati)
Mus : Gila ?
Me : (Terus buat muka Mr. Bean)
Mus : Sorry.. Sorry
Me : (Dalam fikiran beriramanya lagu Sorry Sorry- SuJu) Tau ponn !
Mus : Cepat lah tanye.
Me : Camne kau tahu aku nak tanye ?
Mus : (Terus buat muka BigShow WWE)
Me : Sorry.. Sorry
Mus : Nak tanya ke taknak ?
Me : (Tau bengang) Aku gemok tak ?
Mus : Tak..
Terus berlalu pergi. Agaknya bengang dengan jangka masa yang panjang bagi melunaskan apa tersirat dalam mulut emas saya ni :)

KAWAN 3 - Pieja
Me : (Buat muka bengang)
Pieja : Pehal kau ni ? Migrain ?
Me : Aku gemok tak ?
Pieja : Perghhh !. Kau langsing.
Me : Serious (still muka migrain)
Pieja : Tak. Biase je aku tengok. Standard ahh badan ceni. Rilekss la. Kau takpayah nak fikir sangat la kan.   Bukan ade masalah pon. Rileks ya. Okey ?. Rileks.
Me : (kalah Johan) Okey :)

KAWAN 4 - Lela
Me : Wehh Lela !. Aku gemok tak ?
Laila : (Bunyi cengkerik)
Me : Wehhh !. Aku tanye ni ?. Pekak ke siot !!
Laila : (Bunyi cengkerik)
Me : (Baru bukak step nak jalan)
Laila : Gempa bumi wehh !. Tulunnn.
Me : Mane ? Mane ?.
Laila : Kau lah tu. Diet sikit !! (Dengan muka ala ala Johan Asari)
Inilah yang dinamakan kawan makan karipap. Tak boleh diharap langsong. Semua kata-kata yang dicurahkan oleh mereka aku akan ambil sebagai cabaran Calciyummm. Siapa lebih hebat ?. Nahh kantoi tengok cite budak-2.

Ehemmm !. Testing-2 (cover malu). Takpayah cerita panjang. Meh nak tunjuk sikit tip-tips-nye. Lisa Surihani cakap Cekedaudd ! :-


Sharp pukul 7.00 pagi memang dah mula nak berlumba dengan adik-2 nak pergi sekolah. Kekadang tak sarapan pon. Tapi nak naikkan daya tumpuan dalam kelas saya amalkan ini :-

Breakfast : Minum susu/milo/teh segelas dan cream crackers 2 keping.

Saya masih bersekolah. Mengerah otak terlalu lama lebih kurang 5 jam baru boleh rehat. Start pukul 7.30 pagi sampai 11.05 pagi. Sebagai seorang student upper secondary. I 16 years young bukan old okey. Muda lagi okey !!. Menafikan ketuaan. Saya kena refill tenaga untuk otak saya yang tersayang ni. So saya makan sikit je. Sebab takut air liur maaanitik atas buku je. Dah kenyang sangat lah tu. Saya amalkan ini :-

Break (Rehat di sekolah) : Air mineral dan roti yang berkhasiat. 1 sahaja.

Waktu ni pukul 3 petang dan saya still di sekolah. Biasa lah orang pandai terlebih. Kena belajar sampai pukul 2.55 petang. Takpe looking forward to future punya pasal kan. So nak refill energy jugak. Saya amalkan ini :-

Makan tengahari : Mee/Bihun/Keoyteow goreng (sikit je) dan air teh o ais / teh ais bungkus kantin sekolah je.

Lepas balik rumah pukul 3.30 petang. Kena datang sekolah balik pukul 4.15 petang. Sangat letih dan nak refill energy untuk latihan kawad kaki kadet. Serious macam nak mati kalau makan banyak. So saya amalkan ini :-

Makan petang : Roti berlauk aka jenama gardenia yang inti sardin/ikan bilis/tuna or whatsoever lah kan dan air mineral.

Dah balik kawad. Solat. Mandi semua. Tunggu time nak menjenguk homework. Nak segarkan perut dan otak dan badan yang letih berkawad tadi. Saya amalkan ini :-

Makan malam : Roti berlauk aka jenama gardenia yang inti sardin/ikan bilis/tuna or whatsoever lah kan dan air berperisa. Macam milo ke tea ke.

Dah makan sikit tadi kan ?. Saya manjakan perut dengan makanan yang sihat. Tak perlu fikir. Lepas je makan benda alah ni. Mesti lari capai tuala masuk tandas tandas licin jatuh tersembam mak tanya kenapa jawab botol syampu jatuh dan uhhhh uhhh aka berak. Saya amalkan ini :-

Supper : Quaker oats 5 sudu besar campur susu pekat 1 sudu besar kacau dengan air suam dan berbekalkan air mineral sebab kadang-2 loya.


Tips sampingan :
a ) Kalau lapar anggap diri ni puasa.
b ) Kalau termakan banyak benda heavy macam burger, chicken chop or ape-2 yang berat makan quaker oats banyak-2 sebab nak buang balik toxin yang terkumpul dan bekalkan air mineral 1 gelen. HAHA !


Kadangkala orang tak boleh tahan kalau tak makan nasi. Tapi saya boleh !!!. Cubalah. Assalamualaikum.