Tips : Khusyuk dalam solat

Assalamualaikum wbt. Kali ni nak buat entry pasal terjemahan surah-surah dan doa-doa yang kita bacakan dalam solat kita setiap hari. Memahami maksud bacaan dalam solat adalah merupakan salah satu jalan untuk kita khusyuk dan memperoleh lebih pahala. :). Jadi setelah anda mencuci mata dengan membaca entry ini. Silalah bersama-sama kita mengumpul lebih pahala dan menjaga kualiti solat.
 

Doa Iftitah
 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Di samping itu, saya selitkan sedikit petua yang berkesan untuk menajamkan ingatan anda dengan :-
Menajamkan Ingatan [Petua Imam Syafie]
  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan para ulama
Sekian sahaja. Wabillahitaufik wassalamualaikum wbt.

Tahukah anda jin berkawan dengan anda dan apakah puncanya ?

Assalamuualaikum wbt. Semua sihat ?. Ana pon. Okey pertama sekali ana nak tanya, adakah anda tahu bahawa jin sedang berkeliaran di mana-mana sahaja. Tahukah anda bagaimana jin mengganggu manusia. Dan apakah puncanya ?. Sila baca dengan teliti. 
 
PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA

1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.
2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.
3. Jin sengaja menzalimi manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marah, terlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah.  
 
4.
Mensyirikkan Allah.
["Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]  
 
5.
Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
6. Diganggu sihir.

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.

8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]

10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.

11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]

12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa) sahaja." - HR Bukhari]

13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.

14. Malas menuntut ilmu.
 
Sekian sahaja makluman ini. Assalamualaikum wbt.
 
 

Pekerjaan semasa cuti sekolah. Gagagaga

Assalamualaikum semua. Sehat ?. Haih dah lama tak update kan. Hampeh betoi.

Kali ni entry pendek ja. Saya nak memperkenalkan dunia businus (bisnes) kepada anda semua. Actually saya baru saja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. nak menjana kewangan waktu cuti sekolah ni. Saya jual barang-barang kosmetik macam eyeliner, nacturator, lipgloss, lipstick, eyeshadow dan macam-macam lagi lah. Bisnes yang saya buat sekarang ni ada tirck sikit nak tarik publisiti mak andam pak andam luar sana mai beli alat mekap dekat cekk. Nahaiii.




Meh kita tengok sikit Rasnur Cosmetics (Online Shop)  jual apa. Sebelum tu LIKE dulu Rasnur Cosmetics (Online Shop) ni. Alahai budak daru kesian..


GANGNAM EYELINER


TOUCH NATURACTOR


SHISEIDO BLACKHEAD REMOVAL



RAMPING CREAM


Kepada sesiapa yang berminat nak order atau jenguk page Rasnur Cosmetics (Online Shop) ni silalah klik link di atas dan dia atas dan di sini. HAHAHA. Jangan lupa like yeee :)


Assalamualaikum..