Blogshop pertama saya. Mai beli mai.

Assalamualaikum semua. Lama gila tak update. Busy beraya lah katakan. Okey. Entry paling panjang di dunia.

Saya ada blogshop yang pertama kali saya buat. Memang pecah rekod. Saya memulakan perniagaan dengan menjual inner jersey.




Kenapa anda perlu beli ?. Sebab harganya lebih murah daripada harga sebenar iaitu RM16 dan RM21. Saya menerima order daripada seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak. Sebab baru buat business. Payah sikit nak hantar jejauh. 

By the way the special about this inner is the name was INNER RONA JERSEY

 The harga was :-


1pcs (1 Tone - RM 10)

1pcs (2 Tone - RM 10)
1pcs (3 Tone - RM 17)

2pcs (1 Tone - RM 17)
2pcs (2 Tone - RM 17)
2pcs (3 Tone - RM 30)



Jika berminat email ke :-

(idaemo4@gmail.com)

NAMA :
ALAMAT :
NO.PHONE :
ITEM :

Kualiti dijamin HALAL :D. Kalau nak tahu perkembangan terkini sila ke page Rasnur Boutique. Jualan tudung bawal ber-tona akan dijalankan selepas ini. Check it out :D

Assalamualaikum.



Tips : Selamatkan diri dari lelaki ajnabi yang bernafsu syaitan (cara saya)

Assalamualaikum semua. Hari ni terasa macam cool lah pulak. Dah nak dekat raya dah. Sayangnya nak tinggal bulan Ramadhan.

Mesti hampa semua tertanya-tanya. Apesal yang saya dok heboh gaban pasal selamatkan diri lah tu lah. Zaman sekarang ni memang popular yang kaum wanita selalu diancam. Dirogol, diragut, diculik, didera, diperendahkan maruah. Bahaya kan. Setiap perempuan ada mahkota masing-masing. Terpulang kepada setiap indvidu untuk menjaganya dengan rapi.

Semua manusia bukannya sempurna sangat. Sekadar belajar untuk menjadi lebih sempurna ja. Termasuk saya. Dalam proses untuk mendekatkan diri dengan Allah dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Sebagai seorang wanita, kita ada hak untuk membela diri. Jom tengok tips yang saya share :-

1- Sebelum kita keluar rumah, digalakkan mempunyai niat yang baik. Baca ayat kursi satu kali. Digalakkan jugak amalkan ayat ni apabila hampa semua rasa diri diancam dan sebelum melangkah kaki pi sekolah, tempat kerja, kuliyyah dan lain-lain.

2- Sediakan minyak wangi berjenama IZZI atau jenama lain di dalam poket baju. Jangan pernah guna. Nanti nak restock mahal pulak. HEHE :)

3- Salin resepi ni : 5 sudu besar serbuk cili + lada hitam sedikit + lada putih sikit dan air secukupnya. Pastikan tekstur chemicalnya cair macam minyak wangi.

4- Sentiasa kelek Al-quran ke mana sahaja. Moga Allah menjaga kita dari gangguan syaitan/lelaki ajnabi.

5- Jangan pernah merasakan diri selamat dalam rumah. Pastikan anda restock bahan 2 dan 3 sebelum tidur.

6- Jangan pernah sesekali jalan seorang diri di mana sahaja. Walaupun nak pergi kedai 1 inci daripada rumah. Pastikan berteman. Kalau takdak teman pun bawak kucing peliharaan. HAHA !.

7- Jangan terlalu mudah mempercayai orang :)

8- Topup iman dulu. InsyaAllah. Allah akan melindungi kita di mana jua kita berada.



Itulah sahaja untuk saya share.Sekian sahaja langkah berjaga dari saya. :)
Assalamualaikum.


Apabila sangkakala ditiup...


Assalamualaikum. Entry ringkas. Dipetik daripada http://www.malaysiantabloid.com.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Kelebihan Loghat Kedah

Assalamualaikum semua. Orang Kedah ni kadangkala orang kata kat depa kolot. Hidup zaman tok nadok lah. Apa lah. Okey fine. Saya sebagai anak jati Kedah yang berbakat bercakap dalam 5 bahasa terima seadanya. Salah satu sebab depa kata macam tu ialah Kedah bersempadan dengan si Kuala Nerang. Orang Kedah cakap Kola Neqhang ni memang ulu. Orang pelik-pelik. Tapi paling the best ialah mereka.

Tak faham kah ?. Usha sini.

Kelebihan Orang Kedah ialah pandai bercakap sambil berbahasa jawi. Adakah orang Kuala Lumpur fasih bercakap Kedah ?. Adakah orang Perak fasih bercakap Kedah ?. Adakah orang Kelate fasih cakap Kedah ?. Tak.... Kalau boleh cakap pon memang tergeliat lidah mengalah orang Jepun nak belajar English. Niat bukan nak menghina. Tapi Orang Kedah ni sama dengan ja. Setakat KL dengan Perak tu boleh lagi depa nak try. Kelantan ?. Just nak buat perbezaan. Orang Kedah memang kerongkong depa powahhh (power).

R = غ (Ghen)
CONTOH :-
Mat : Woii  Leman, hiang nak pi mana ?
Leman : Aku nak pi mana lagi. Pi bazarr ar.
Mat : Hiang tak mau ajak aku ka ?
Leman : Pi dengan hang ?. Hmmm.. Mengaqhut (mengarut)
Mat : Tak pa hiang. Lagu ni noh kawan ?


R = ع ('Ain)



CONTOH :-
Mat : Woii  Leman, hiang nak pi mana ?
Leman : Aku nak pi beli nasi kandaq (kandar). Awat ?
Mat : Hiang tak mau ajak aku ka ?
Leman : Haa. Jom ar. Satgi dok makan pasiaq (pasir) pulak dekat rumah.
Mat : Tak pa hiang. Lagu ni noh kawan ?

Kesimpulannya :-

Orang Kolompo cakap Kedah.

Mat : Woii  Leman, hankk (hung) nak pi mana (bahasa baku)?
Leman : Aku nak pi beli nasi kandak (kandar). A..wat ?
Mat :  Hankk (hung)  tak mawu ajak aku ka (bahasa baku) ?
Leman : Pi dengan hankk (hung)  ?. Hmmm.. Mengagut (mengarut)
Mat : Tak pa hankk (hung) . Lagu ni... noh kawan ?


Orang Kelantan cakap Kedah.

Mat : Woii  Leman, hankk (hung) nok pi mana (bahasa baku)?
Leman : Aku nok  pi (bahasa baku)  beli nasi kandak (kandar). A..wat ?
Mat :  Hankk (hung)  tak mawu ajak aku ka (bahasa baku) ?
Leman : Pi dengan hankk (hung)  ?. Hmmm.. Mengaguut (mengarut)
Mat : Tak pa (bahasa baku)  hankk (hung) . Legu ni... noh kawang ?


Entry ni bukan saja saja saya nak mengepost. Tapi kelmarin. Saya adalah bersembang dengan member. Sorang berbangsa ? Kuala Lumpur dan sorang lagi Kelantan. Having fun with them. Saya try mengajar depa bercakap Kedah. Memang geli hati dengar. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia perlulah memartabatkan loghat masing-masing dan berbangga lah dengannya. 

Harap anda tak terasa dengan entry ni lepas meng-usha video di bawah :-


Terima kasih. Assalamualaikum.